Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq berkongsi beberapa fakta mengenai dirinya sehingga disakat netizen apabila bibirnya tidak pernah lekang daripada menyebut nama pelakon dan penyanyi Bella Astillah.
Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Sanggup Jadi ‘Superman’, Rai Hari Lahir Anak-Anak Bella Astillah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Masih Simpan Gambar ‘First Time’ Jumpa Syed Saddiq – ‘Bella Yang Ajak Bergambar’
Suka lagu Bella Astillah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syed Saddiq dilihat menjawab beberapa soalan mengenai kegemarannya.
Apa yang meraih perhatian apabila Syed Saddiq memilih lagu pelakon dan penyanyi Bella Astillah berjudul ‘Lebih Indah Berpisah’ sebagai lagu kegemarannya.
Dalam pada itu, Syed Saddiq memberi bayangan untuk lagu kedua Bella yang dikatakan lebih menarik.
Lagu kegemaran sekarang adalah Lebih Indah Berpisah daripada Bella Astillah.
Tapi ada lagu baru dia yang akan keluar nanti, lagi best. Tapi saya tak boleh bagitahu.
Netizen sakat




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat sakan menyakat ahli parlimen Muar itu yang tidak lekang mulutnya daripada menyebut nama Bella Astillah walaupun tiada di sisi.
Sumber: TikTok @wawaglobalsdnbhd
The post [VIDEO] Syed Saddiq Pilih Lagu Bella Astillah Sebagai Lagu ‘Favourite’, Netizen Ambil Peluang Sakat – ‘YB Bukan Suka Lagu Negaraku Ke?’ first appeared on OHBULAN!.



Hehehe jom kita layan dulu intro dari YB, Syed Saddiq! YB pun dah turun padang untuk kempen sunscreen terbaru kita ni tauuu
Macam mana bella penting dalam hidup YB, macam tu lah pentingnya sunscreen!
Stayyy tuned for moree!!
#wawaofficialhq #syedsaddiq

