
Majlis pernikahan pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang berlangsung secara tertutup itu dipenuhi dengan perasaan yang bercampur baur.
Mohon restu ayah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syafiq atau nama lengkap Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, dilihat berbusana baju melayu lengkap berwarna putih sedang memohon restu ayahnya yang berada di atas kerusi roda.
Momen indah itu diselubungi pelbagai emosi sejurus Syafiq menunduk hormat dan mengucup ayahanda tercinta sebelum majlis berlangsung.
Pada perkongsian tersebut, ayah kepada aktor berusia 33 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak.
Anak yang baik




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Syafiq yang menyantuni ayahnya dengan penuh kasih sayang. Selain itu, warganet turut sebak dengan momen memohon restu sebelum memikul tanggungjawab sebagai seorang suami.





