Pelawak Shuib diselubungi rasa bersalah kerana meletakkan puteri tunggalnya, Talita, dalam situasi yang dianggap terlalu sukar pada usia yang masih muda.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘September Bulan Kesedihan Buat Suami’ – Watie Titip Ucapan Menyentuh Hati Buat Shuib Sempena ‘Birthday’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Comel.. Talita ‘Blushing’ Dapat Jumpa Merqeen
Talita sakit
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Shuib berkongsi keadaan suara Thalita atau nama penuhnya Dzahira Talita Zahra, 12, yang masih belum pulih akibat daripada jangkitan Influenza.
Ujarnya lanjut, dia sebak melihat keadaan Thalita yang masih muda namun terpaksa kuat demi meneruskan perjuangan sebagai peserta dalam sebuah program nyanyian.
Hari Rabu minggu lepas kuarantin di rumah sampai hari Ahad. Hari Isnin baru mula praktis dan bernyanyi, tapi sampai hari ini suaranya masih crack dan dada sempit susah untuk bernafas.
Innsya-Allah sabar ya sayang. Dugaan untuk kita, biar apa orang nak cakap asal kita tahu apa yang kita buat.
Rezeki Allah dah pun ditetapkan, kita usaha dan tawakkal.
Maafkan daddy letakkan awak dalam situasi begini di usia awak terlalu muda.
Hanya percaya pada proses. Perjalanan kita jauh lagi.
Semoga yang baik-baik untuk kita.
Daddy selalu ada, sampai daddy menutup mata. Thalita boleh!
Netizen beri sokongan




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata semangat buat Thalita agar terus kuat melawan sakit demi merangkul gelaran juara.
Sumber: TikTok @shuibsepahtu
The post [VIDEO] Suara Thalita ‘Crack’, Shuib Rasa Serba Salah – ‘Maafkan Daddy Letak Awak Dalam Situasi Begini’ first appeared on OHBULAN!.



Daddy selalu ada,sampai daddy menutup mata.U can do this!!! Bismillah @Thalita_Shuib @tatatintun @Cikgu Shafi #talktomymanagermy #ttmm #grandfinale 

