Pempengaruh sensasi, Haqiem Stopa mencuri perhatian warganet selepas mendedahkan nama sebenarnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semoga Jumpa Yang Lebih Baik Daripada Daddy Sekarang’ – Pesanan Sayu Haqiem Stopa Buat Anak
Artikel Berkaitan: Haqiem Stopa Mahu Agih 500 Bungkus Ayam Gepuk Percuma, Netizen Titip Doa – ‘Semoga Luas Rezeki & Terus Berbuat Baik’
Sudah guna sejak empat hingga lima tahun lalu
Menerusi potongan klip podcast Sembang Ohh Yeahh di TikTok, Haqiem atau nama penuhnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 26, difahamkan telah menggunakan nama Haqiem Stopa sejak empat hingga lima tahun yang lalu sebagai identiti rasminya.
Nama betul saya Muhammad Sadzri Hakim.
Lepas itu, tukar ke Haqiem Stopa.
Empat tahun ke lima tahun guna nama Haqiem Stopa.
Menurut Haqiem, nama ‘Stopa’ merupakan gabungan nama arwah bapanya yang berasal dari Kelantan dan dikenali dengan panggilan ‘Stopa Janggut’.
Arwah yang berdarah kacukan Pakistan itu cukup dikenali melalui penampilan fizikalnya yang berjanggut dan berambut putih.
Stopa itu gabungan nama arwah ayah.
Ayah aku orang kelantan. Jadi arwah ayah aku, orang panggil Stopa Janggut.
Arwah ayah aku mix pakistan , janggut dan rambut putih.
Jadi aku ambil nama dia, gabung dengan nama aku.
Jadikan ‘branding’

Mengulas lanjut, Haqiem memutuskan untuk menggabungkan nama tersebut kerana merasakan ia memiliki keunikan tersendiri serta nilai sentimental yang kuat.
Malah, dia yakin nama itu mampu memberi daya tarikan tersendiri kerana jarang digunakan, sekali gus berpotensi besar untuk dijadikan sebagai ‘branding’ utama di media sosial.
Waktu aku gabungkan, aku yakin akan ada benda yang menarik pada nama itu.
Sebab itu adalah satu-satunya nama yang jarang ada.
Jadi, aku rasa macam nama ini cantik. Mungkin boleh pergi jauh.
Aku pakai nama itu, jadikan dia ‘branding’.
Sumber: TikTok Sembang Ouh Yeah
The post [VIDEO] ‘Stopa Tu Gabungan Nama Arwah Ayah Aku, Dia Asal Kelantan & Ada Campuran Pakistan’ first appeared on OHBULAN!.



” #haqiemstopa #podcastmalaysia #motorcycle #fypmalaysia #sembangouhhyeah 

