26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 16, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Shuk Sahar mendedahkan bahawa dia pernah membuat Anuar Zain terasa hati dengan jenaka – ‘Saya menangis meminta maaf’

    Shopee Sale



    Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar mendedahkan dirinya pernah membuat lawak dengan Anuar Zain sehinggakan penyanyi itu berasa terguris hati.

    Shuk nangis minta maaf

    " data-video-id="7328679972812393746">
    @okletsgo.sg Tak semuanya interview kami dengan artis menjadi. Antaranya Anuar Zain dan DSV. Dengar podcast penuh di Spotify ?? OKLETSGO #okletsgosg #fypsg #viralsg #fyp #fypmalaysia #viralmalaysia #shuksahar #radio #podcast #official #mstaronlineofficial #beritatiktok #anuarzain #datoserivida ? original sound – OKLETSGO

    Menerusi sesi podcast Okletsgo.sg, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata dia tidak menyangka lawak jenakanya itu telah menyebabkan penyanyi itu terasa hati kerana dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian.

    Masa itu saya kena kendalikan konsert (jadi pengacara majlis) dan waktu itu tengah ‘rehearsal’.

    Saya ada cakap sesuatu yang sejujurnya saya tak ada niat nak mengata atau buatkan Anuar Zain terguris hati.

    Nak dijadikan cerita, Anuar Zain yang ada di atas pentas ketika itu terus turun dari pentas sebab terasa dengan gurauan saya.

    Melihat keadaan tersebut, Shuk kemudiannya bertemu dengan pelantun lagu ‘Sedetik Lebih’ itu untuk membuat permohonan maaf sebelum konsert berkenaan berlangsung.

    Apa yang menakutkan Shuk apabila Anuar tersinggung dan bertanyakan motif dirinya membuat lawak seperti itu.

    Lepas itu saya jumpa PA Anuar Zain tanya dia, ‘Boleh tak saya nak jumpa dengan abang Anuar?’. Sebab konsert nak berjalan dah, tak akanlah saya nak bawa ‘mood’ yang tidak baik ke atas pentas.

    Selepas itu, saya pun ketuk pintu dan masuk ke dalam bilik Anuar Zain. Waktu itu dia tengah buat rambut, terus dia tengok saya dan kata, ‘Kau buat lawak apa tadi? Ingat kelakar ke benda itu?’

    Saya bagitahu dia, ‘Saya tak ada niat nak cakap macam itu dan tak ada niat langsung nak kecil kan hati abang. Kalau abang rasa saya salah, saya minta maaf sangat-sangat’.

    Tapi dia diam saja lepas itu dia suruh saya keluar daripada bilik itu. Saya tahan mata, keluar dan bila saya tutup ja pintu bilik itu, saya terus menangis.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertanya-tanya apakah gurauan yang dilakukan oleh Shuk sehingga membuatkan Anuar Zain begitu terasa hati kepadanya.

    MENARIK:  Che Sayang Kitchen Idolakan Khairul Aming Dalam Dunia ‘Content Creator’ – ‘Saya Tidak Meniru Idea Tetapi Mengambil Inspirasi’

    Dalam pada itu, ada juga yang memuji Shuk yang begitu terbuka untuk mengakui kesilapan yang dilakukan dan tidak segan untuk membuat permohonan maaf.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah