26.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pemuda Raih Pujian, Buat Konten ’30 Hari, Cuci 30 Surau’ Sempena Ramadan – ‘Niat Nak Beri Manfaat Kepada Semua’

    Shopee Sale



    Seorang pemuda meraih pujian ramai apabila melakukan konten membersihkan surau menerusi hantaran di TikToknya.

    30 hari bersih 30 surau

    " data-video-id="7477050845285141768">
    @rusydi.official Cleaner surau ?? #reviewsurau #30hari30surau ? original sound – ?????? ?????

    Menerusi perkongsian yang dibuat, pemuda yang dikenali sebagai Rusydi Rosli itu berkongsi bahawa dirinya akan memulakan konten yang diberi nama ’30 hari, bersih 30 surau’.

    Ujar Rusydi, dia melakukan kerja tersebut secara sukarela dan tidak menerima bayaran daripada mana-mana pihak.

    Tambahnya lagi, dia hanya mahu memberikan keselesaan kepada pengunjung yang datang beribadah ke mana-mana surau yang dibersihkannya.

    Kesemua peralatan yang digunakan adalah milik saya sendiri kecuali air (saya dah minta izin untuk guna).

    ‘Disclaimer’, saya tak dibayar mana-mana pihak dan harapan saya agar usaha kecil ini dapat memberi manfaat kepada semua.

    Hantaran tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya memuji usaha murni Rusydi yang begitu menitikberatkan kebersihan surau.

    MENARIK:  [VIDEO] Isteri Tersalah ‘Pack’, Aaron Aziz Berbaju Melayu & Berseluar Slack Di Pagi Raya Bikin Terhibur – ‘Okay Dato Cuma Macam Croptop Sikit Je’

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah