Pelakon Erika Carlina terkesima apabila dilamar oleh kekasihnya, DJ Bravy di atas pentas ketika acara Synchronize Fest 2025 pada Ahad.
Artikel Berkaitan: Pelakon Hitung Hari Bersalin Anak Luar Nikah, Mohon Sokongan Orang Ramai – ‘Maaf Kerana Mengecewakan’
Will you marry me?

Menerusi rakaman video yang dimuat naik, DJ Bravy meluahkan hasratnya untuk menjadi suami dan bapa kepada anak Erika.
Sejurus itu, DJ Bravy melutut di hadapan Erika dan penonton yang hadir.
Saya mahu menjadi bapa kepada Andrew, saya mahu jadi suami kamu. So, will you marry me?’
Erika yang terkejut menjawab ‘Iya, saya mahu’ dan kemudian mereka berpelukan.
Terdahulu, Erika menerima pelbagai kecaman daripada netizen selepas membuat pengumuman mengejutkan bahawa dirinya kini hamil anak luar nikah.
Erika telah selamat melahirkan anak lelakinya melalui pembedahan caesarean pada Jumaat, 1 Ogos lalu.
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] Pelakon Kontroversi Hamil Anak Luar Nikah Dilamar Kekasih Atas Pentas first appeared on OHBULAN!.





