
Tular sebuah video di media sosial memaparkan seorang pak cik yang mempunyai masalah penglihatan menjual barangan kebersihan di tepi jalan di sekitar Pulau Pinang meruntun hati warganet.
Tak boleh melihat seperti orang lain

Menerusi perkongsian di laman TikTok Storie.my, pak cik itu yang juga mempunyai albinisme menjual barangan kebersihan seperti tisu kering, tisu basah dan juga sanitizer.
Katanya, setiap hari dia menaiki bas Rapid KL untuk menuju ke tempat jualannya yang dipercayai di Padang Kota, George Town.
Kadang petang, kadang pagi. Mata saya tidak berapa jelas, separa buta.
Saya tidak anggap kecacatan itu sebagai penghalang untuk saya cari rezeki.
Walaupun pergerakan saya kurang pantas macam orang biasa, tetapi saya boleh. Yakin dengan diri.
Menceritakan mengenai latar belakangnya, pak cik itu berkata dia mempunyai tiga adik-beradik iaitu seorang perempuan dan dua lelaki dan masing-masing mempunyai albinisme.
Perkongsian video itu mendapat perhatian ramai di mana sesetengah netizen meluahkan rasa sedih melihat keadaan pak cik tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, netizen tersentuh dengan tindakan pak cik tersebut yang sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T.
Komen netizen







