
Baru-baru ini, satu video suntingan memaparkan momen seolah-olah Bella Astillah dan Syed Saddiq ‘berkahwin’ menjadi tular di TikTok sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
‘Berdebar rasa macam betul je’
Video kreatif tersebut merupakan kompilasi detik-detik melibatkan Bella dan Syed Saddiq yang telah disunting sehingga kelihatan seperti sebuah majlis perkahwinan sebenar.
Lebih menarik, latar belakang suara dalam video turut menggunakan skrip seperti yang sering digunakan oleh pengacara majlis perkahwinan, lengkap dengan penyebutan nama Bella dan Ahli Parlimen Muar itu sebagai pasangan pengantin yang diraikan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan suntingan tersebut dan tidak kurang juga yang mula ‘berangan’ agar momen itu menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Teruk dah netizen ni.
Bayangkan jemputan sebelah YBSS penuh dgn orang-orang politik, menteri & jemputan sebelah Bella penuh dgn selebriti,artis. Ya ampun meriahnya! Lain macam!
Ya Allah berdebar debar dah rasa macam betul betul je. Ya Allah mudahkan mereka berdua berjodoh.
Netizen dah start dah buat vitamin sendiri.
Semua dah ready tapi macam mana kalau tak jadi? Aku tumpang nangis bucu katil.
Lain macam dah angan-angan netizen ni, seram woo kalau tak jadi.
Kalau majlis nikah sanding Syed Saddiq dan Bella Astillah, 7 hari 7 malam pun aku sanggup tengok.
Kreativiti netizen dalam menghasilkan kandungan hiburan seperti itu sememangnya mencuri perhatian. Walaupun sekadar suntingan, ramai yang berseloroh mengharapkan agar gandingan ini menjadi realiti.





