32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Neelofa Harap Dapat Beri Inspirasi Kepada Ramai Wanita Untuk Berani Kejar Cita-Cita – ‘Anugerah Ini Bukan Hanya Untuk Saya ..’

    Shopee Sale



    Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa diberi penghormatan apabila dipilih sebagai penerima anugerah bagi kategori Wanita Inspirasi sempena acara The Muslim World Women’s Summit: Voices HER Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025, pada Rabu.

    Beri inspirasi

    Neelofa Anugerah Ibu Zain 2025

    Menurut Neelofa yang juga Pengasas Nunha, penghargaan ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi satu simbol kekuatan, keazaman dan peranan besar yang dimainkan oleh wanita dalam dunia hari ini.

    Katanya, kejayaan bukan diukur dari segi pencapaian material, tetapi bagaimana kita membawa perubahan positif.

    Anugerah ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk semua wanita di luar sana yang berusaha menggapai impian mereka tanpa mengorbankan prinsip dan nilai yang dipegang. Saya berharap kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk berani mengejar cita-cita mereka.

    Kejayaan bukan hanya diukur dari segi pencapaian material, tetapi juga dari segi bagaimana kita memberi impak positif kepada masyarakat dan membawa perubahan yang lebih baik.

    Neelofa berkata demikian selepas menerima Anugerah Wanita Inspirasi daripada YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

    Turut hadir pada acara itu adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

    Selain Neelofa, antara penerima anugerah berprestij ialah Datuk Nicol Ann David (Anugerah Voices of H.E.R), Datuk Pandelela Rinong Pamg (Anugerah Wanita Kesukanan), Cik B (Anugerah Wanita Muda) dan Marsha Milan Londoh (Anugerah Wanita Kesenian).

    Bersyukur & berterima kasih

    neelofa anugerah

    Dalam pada itu, Neelofa, 36, turut mendedikasikan anugerah itu kepada semua wanita yang berani melangkah keluar dari zon selesa, berusaha tanpa mengenal lelah, dan terus berpegang teguh pada prinsip serta keimanan mereka.

    Semoga kita semua dapat terus menjadi inspirasi kepada satu sama lain dan membantu membentuk dunia yang lebih baik.

    Terima kasih kepada pihak penganjur atas penghargaan ini dan kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan saya. Moga Allah SWT terus memberkati langkah kita semua.

    MENARIK:  [VIDEO] Aliff Syukri Hadiahkan Kereta Mercedes-Benz Kepada Isteri, Tanda Penghargaan Setiap Hari Buat ‘Live’ Meniaga
    " data-video-id="7473293034684206343">
    @official Tahniah Neelofa ??? # #fyp #news #neelofa #anugerahwanitainspirasi ? original sound – OHBULAN!

    Pengiktirafan berprestij ini diberikan sebagai penghargaan terhadap sumbangan Neelofa dalam dunia keusahawanan, pemerkasaan wanita, serta peranannya sebagai ikon Muslimah yang memberi inspirasi kepada masyarakat.

    Isteri kepada PU Riz ini bukan sahaja dikenali sebagai selebriti tetapi juga sebagai tokoh perniagaan berjaya, menerima anugerah ini atas kejayaan luar biasanya dalam bidang perniagaan fesyen patuh syariah serta advokasi mengenai kepentingan keseimbangan antara kejayaan profesional dan nilai keislaman.

    Penganugerahan ini sekali lagi membuktikan bahawa Neelofa bukan sekadar ikon hiburan tetapi juga seorang wanita yang memberi impak besar dalam masyarakat, khususnya dalam dunia Islam.

    Neelofa sebelum ini sudah meraih pelbagai anugerah atas kejayaan dalam bidang keusahawanan dan pengaruhnya dalam dunia fesyen serta media sosial.

    Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan serta sering berkongsi ilmu dan pengalaman bagi menggalakkan pemerkasaan wanita dalam perniagaan dan kehidupan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah