Meskipun anak kepada ahli perniagaan terkenal Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim sedang melalui fasa yang mencabar ketika ini namun suaminya, Farez Zuhaily tetap berada di sisi.
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Makan Harta Bukan Hak Kita, Jika Tidak Ia Menjerat Diri’ – Anak Arwah Pengasas Dnars
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Susah Untuk Depositkan Balik Wang RM1.3 Juta? Kesian Mami Saya Di Kubur’ – Anak Arwah Pengasas Dnars
Isteri yang baik
Menerusi perkongsian di TikTok, Farez menyifatkan isterinya sebagai seorang wanita yang baik sepanjang mengenalinya selama enam tahun.
Farez juga menyaksikan Irdina bangkit memperjuangan haknya walaupun dalam keadaan yang sukar.
Hubungan aku dengan isteri bukan baru tapi dari 2019 dan aku rasa aku cukup tahu tentang perangai dan ragam isteri aku.
Yang aku nampak dia dari dulu adalah seorang yang baik, hormat orang tua dan tidak pernah sekali pun dia berfikiran negatif pada semua terutama keluarga.
Cuma bila dia tersakiti dan kebenaran terbukti dia jadi lantang bersuara untuk tegakkan keadilan dan masih ada lagi yang menganggap dia salah.
Sokongan suami

Justeru itu, sebagai seorang suami, Farez memohon orang ramai terus memberikan sokongan untuk Irdina dengan harapan suatu hari nanti keadilan dapat ditegakkan.
Aku harap dia tidak berputus asa dan tidak putus harapan sehingga keadilan berpihak kepadanya.
Saya suami Irdina memohon kepada semua untuk berdoa agar dipermudahkan segala urusan isteri saya dan segala kebenaran berpihak kepadanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars, Ahmad Shah Rizal, 48, diperintah oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu untuk mendepositkan semula wang tunai milik arwah isteri ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka wanita itu.
Akaun pentadbir bersama turut dimiliki oleh anak sulung arwah Faziani, iaitu Aqbar Hakim Jasman, 25, dan wang tersebut perlu dimasukkan dalam tempoh 30 hari.
Difahamkan Ahmad Shah Rizal pernah memfailkan tuntutan harta sepencarian dan salah satunya adalah wang tunai RM1.3 juta yang berada di dalam peti besi sebelum diambil olehnya.
Imbas kembali, Allahyarham Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.
Usahawan itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suami cedera.
Kemalangan tragis yang berlaku pada bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.
Sumber: TikTok Farez Zuhaily
The post [VIDEO] ‘Irdina Tak Pernah Fikir Negatif Pada Keluarga, Cuma Bila Tersakiti Dia Lantang Bersuara Untuk Keadilan’ – Suami first appeared on OHBULAN!.



@DNARS SELAMANYA 

