24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Chacha Maembong Pernah Tegur Pelakon Baru, Sikap Tak Profesional Di Set – ‘Datang Lambat Tapi Tiada Kata Maaf’

    Shopee Sale

    Pelakon, Chacha Maembong berkongsi pernah menegur seorang pempengaruh yang juga pelakon baharu kerana bersikap tidak profesional ketika berada di set penggambaran.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andy Teh Nafi Bercinta Dengan Chacha Maembong – ‘Dalam Fasa Berkenalan, Dia Ada Ciri-Ciri Wanita Yang Saya Suka’

    MENARIK:  ‘Kesalahan Saya Dengan A Aida Adalah Sebab Da*ah, Buat Lupa Tanggungjawab’ – Ameng

    Artikel Berkaitan: ‘Inilah Cara Doa Selamat Kami, Ibarat Minta Kebenaran Penjaga Kawasan’ – Andy Teh

    Kena tegur

    " data-video-id="7621158980324199701" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @podcastsembangohhyeahh

    Nasihat @ChaCha Maembong buat influencer yang cuba dalam bidang lakonan ! Video penuh di YT Sembang Ohh Yeahh #podcastclips #fypviral #SembangOhhYeahh #podcastmalaysia

    ♬ A tense suspense piece on the piano(1270072) – illmatic studio

    Menerusi potongan klip daripada podcast SembangOhhYeah, Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 30, berkongsi dia memiliki beberapa watak dalam dirinya dan akan digunakan mengikut tempat.

    Bila saya guna method acting saya mengharapkan siapa yang berlakon dengan saya dapat memberikan apa yang saya beri.

    Ada yang datang dengan sikap ‘Aku ini pempengaruh, aku pelakon. Berlakon ini biasa saja’. Saya paling tidak suka bila ada yang kata berlakon itu mudah.

    Saya tak suka satu saja, iaitu lambat. Pada saya, masa adalah segalanya jadi bila dah datang lambat, tiada kata maaf. Rehearsal pun tidak mahu. Bila mula penggambaran, ke laut.

    Berkongsi lanjut, adik kepada pelakon, Emma Maembong itu berkata dia pernah berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan sehingga terpaksa memberi teguran dan nasihat kepada individu tersebut.

    Bagaimanapun, Chacha tidak menafikan sesetengah daripada mereka memiliki sifat yang sangat bagus.

    Pernah ada satu ketika, kami jalani penggambaran dekat luar dengan keadaan cuaca sangat panas.

    Saya pula pakai gaun kembang untuk babak pembukaan yang saya perlu menangis dalam satu rakaman sahaja.

    Ketika pengarah beri taklimat, ada seorang pelakon ini tidak fokus.

    Sibuk main telefon bimbit dan bertanya hal lain macam dunia media sosial lebih penting daripada situasi di set.

    Saya macam, ‘Boleh fokus tak, direktor kat sini? One thing dekat set awak kena hormat direktor’.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Chacha Maembong Pernah Tegur Pelakon Baru, Sikap Tak Profesional Di Set – ‘Datang Lambat Tapi Tiada Kata Maaf’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah