34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Jurugambar P*kul Razman Razmi Mengaku Tak Bersalah, Diikat Jamin RM7,000

    Shopee Sale



    Jurugambar dikenali sebagai Aqo Imran yang bertindak memukul duo pereka fesyen, Razman dan Razmi kelihatan tenang ketika keluar dari bilik perbicaraan atas pertuduhan mencederakan.

    Mengaku tidak bersalah

    Aqo atau nama sebenar Muhammad Imran Khairil, 30, turut melafazkan istighfar apabila melihat beberapa rakannya termasuk pelakon Haris Annuar yang hadir memberi sokongan moral.

    Dia yang diiringi peguam dan dikawal ketat oleh pihak berkuasa juga sempat melemparkan senyuman kepada pengamal media yang hadir.

    Ketika dibicarakan, Aqo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas dua pertuduhan mencederakan dua orang pereka fesyen dalam satu majlis di sebuah hotel mewah, pada Rabu.

    Saya faham pertuduhan, saya mengaku tidak bersalah.

    Aqo membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dihadapan Majistret Farah Azura Mohd Saad.

    Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Husna Amran ketika prosiding mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamim bagi setiap pertuduhan.

    MENARIK:  Satukan Hattan & Jamal Abdillah: Ucapan Ramadan Kepada Kekasih

    Peguam Datuk Suresh Singh yang mewakili Aqo merayu jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh bekerja sebagai jurugambar bebas (freelance) sudah berkahwin dan menanggung kedua ibubapa selain tidak mempunyai pendapatan tetap.

    Farah Azura kemudian membenarkan tertuduh dijamin dengan RM3500 oleh seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

    Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Februari depan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah