29.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Jon Bon Jovi Raih Perhatian, Bantu Pujuk Wanita Daripada Terjun Jambatan Di Nashville

    Shopee Sale



    Penyanyi rock legenda antarabangsa, Jon Bon Jovi, meraih perhatian apabila berjaya memujuk dan menghalang seorang wanita daripada terjun dari sebuah jambatan yang terletak di Nashville, Amerika Syarikat.

    Halang wanita daripada terjun

    Memetik laporan BBC, wanita berkenaan difahamkan sedang berdiri di tebing sebuah jambatan kerana terlalu tertekan dengan masalah kehidupan yang dialaminya.

    Melihat tindakan wanita itu yang cuba terjun, Jon atau nama sebenarnya John Francis Bongiovi Jr. yang turut dibantu beberapa individu lain berjaya memujuk dan menyelamatkan wanita itu daripada melakukan tindakan merbahaya.

    Dalam pada itu, Jabatan Polis Metropolitan Nashville turut berkongsi video Jon yang sedang berusaha memujuk wanita berkenaan.

    Difahamkan, kejadian itu berlaku ketika Jon sedang bersiap sedia untuk menjalani sesi penggambaran sebuah muzik video.

    Dapat dilihat, Jon dan seorang lagi rakannya berjalan ke arah wanita yang mengenakan baju berona biru itu sambil melambai kepadanya.

    MENARIK:  Ketua Kumpulan INFINITE, Kim Sung Kyu Bakal Datang Ke Malaysia Bagi Menjayakan [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour Ogos Ini!

    Jon dan rakannya berjaya membawa naik wanita terbabit ke atas jambatan sebelum berpelukan dan beredar dari jambatan itu.

    Video

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah