Susulan kontroversi membabitkan teraju utama drama Dua Nyawa, pelakon Jazmy Juma berharap agar penonton tetap menyaksikan karya tersebut sehingga tamat.
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Nafi Dakwaan Salah Laku, Laporan Polis Sudah Dibuat – ‘Serahkan Kepada Pihak Berkuasa’
Harapan Jazmy

Ketika ditemui , Jazmy atau nama lengkapnya Jazmy Khan Juma Khan, 28, menegaskan untuk tidak mengulas dengan lebih terperinci mengenai kontroversi membabitkan drama berkenaan.
Menurut Jazmy, dia perlu menghormati dan memberi ruang kepada pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan.
Saya tak rasa orang boikot, insya-Allah. Saya rasa ini ketentuan Ilahi. Dia yang menentukan perjalanan ini dan apa yang berlaku sekarang.
Tapi maaf, saya rasa saya tak boleh ulas mengenai perkara ini kerana ia sudah melibatkan polis. Jadi, saya tak boleh nak cakap apa-apa. Kita pun tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.
Jazmy berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Viu berjudul Wali Dalam Tangisan di Petaling Jaya, pada Rabu.
Dalam pada itu, Jazmy juga berharap agar penonton dan peminat sentiasa menyokong lakonannya kerana percaya setiap naskhah yang dijayakan mempunyai pengajaran.
Untuk setiap drama yang saya buat, harapan saya agar orang ramai dapat mengambil intipati, sama ada kecil atau besar, kerana dalam cerita itu pun ada pengajaran tersendiri.
Terdahulu, pelakon drama berkenaan, Puteri Balqis meluahkan rasa berang selepas didakwa menerima amaran daripada peminat seorang pelakon lelaki supaya tidak mendekati hero pujaan mereka.
Balqis kemudian mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pelakon lelaki ketika menjalani penggambaran drama.
Tidak berdiam diri, Balqis membuat laporan polis berhubung isu terbabit pada 20 November lalu.
Sementara itu, Zarif Ghazzi menafikan dirinya terlibat dengan perbuatan salah laku seperti yang didakwa. Malah pihak pengurusan aktor itu juga telah membuat laporan polis untuk menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan tersebut.
Pihak polis juga telah merakam keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes terbabit.
The post [VIDEO] Jazmy Juma Optimis Drama Dua Nyawa Tak Diboikot Penonton – ‘Setiap Cerita Ada Pengajaran’ first appeared on OHBULAN!.





