Seorang individu yang dikenali sebagai Mohd Nadzim telah menyorot perhatian warganet selepas berkongsi kisah pengorbanannya mendermakan buah pinggang untuk isteri tercinta.
Artikel Berkaitan: Peniaga Air Hidap Penyakit Buah Pinggang Tahap 5 Jaga Isteri Strok – ‘Rumah Tak Ada Lif, Saya Dukung Dia Naik Tingkat 4’
Happy 10 years anniversary @mummy.khaira.storys this is my anniversary ‘present’ @tawakkalhospital for you.. #kidneytransplantmalaysia #nicosharoadtotransplant #roadtoironman2027 #nicoshastories #kidneytransplant
♬ original sound – Nico8844 – Nico8844
Menerusi perkongsian di TikTok, Nadzim memaklumkan bahawa isterinya menghidap penyakit buah pinggang kronik sejak tahun 2021 selepas mengetahuinya melalui pemeriksaan kesihatan.
Januari 2021, selepas menjalankan ujian darah dan pemeriksaan kesihatan, tiba-tiba doktor cakap isteri menghidap CKD (penyakit buah pinggang kronik) stage tiga.
Kami ingat boleh kawal diet, pengambilan ubat dan jaga makan..Alhamdulillah tahan sampai Julai 2025.
Bagaimanapun, pada awal tahun lalu doktor memberitahu bahawa tahap kesihatan isterinya semakin membimbangkan dan memerlukan rawatan dialisis.
Nadzim lalu memutuskan untuk mencuba rawatan pemindahan buah pinggang, namun mendapati ahli keluarga lain tidak memiliki organ tersebut yang sepadan dengan isterinya.
2025, doktor cakap CKD isteri saya dah stage lima dan kena lakukan dialisis.
Seminggu dua kali dialisis, nak keluar jauh pun susah, nak melancong lagilah. Kalau kami keluar pun, jalan lama sikit isteri akan cepat penat.
Saya kerja offshore, selalu tinggalkan dia, takkanlah saya nak tinggalkan dia dalam keadaan macam itu?
Ketika itu saya terfikir tentang kidney transplant (pemindahan buah pinggang). Kami check ibu dan adik beradik tapi semua tak sesuai.
As still recovering, some footage that I can pull off together with help of friends and family. #roadtoironman2027 #nicosharoadtotransplant #nicoshastories #kidneytransplantmalaysia
♬ Bintang Budak Kacamata – lagendarock
Sedih melihat keadaan isteri, Nadzim memutuskan untuk mendermakan buah pinggangnya namun perlu mempunyai tahap kesihatan yang baik sebelum pemindahan organ dijalankan.
Nadzim kemudian melakukan pelbagai usaha termasuk menurunkan berat badan dan menjaga pemakanan.
Jadi saya cakap biarlah saya lakukan, lagipun saya darah O, mungkin sesuai.
Tapi ada syarat, saya kena kurangkan berat badan. Saya mula berlari, jaga makanan, kurangkan gula dan minyak.
Setiap kali saya penat, saya ingatkan diri yang saya lakukan ini adalah untuk isteri. Saya nak tengok dia bahagia, dia boleh pergi melancong dan yang paling penting saya nak tengok dia hidup tanpa mesin.
Berdasarkan perkongsian terkini, difahamkan pasangan itu telah selamat menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 24 Januari lalu dan masih menerima rawatan di hospital.
Kisah pasangan itu telah membuatkan rata-rata warganet sebak dan mengagumi pengorbanan Nadzmi sebagai sebagai seorang suami yang berhati mulia.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Isteri Hidap Penyakit Buah Pinggang Kronik, Suami Sanggup Derma Organ – ‘Saya Nak Dia Bahagia & Hidup Tanpa Mesin’ first appeared on OHBULAN!.