
Isteri kepada pelakon Azlan Komeng, Nur Nilam Ortiz menyangkal dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dirinya menghilangkan diri sejak memfailkan fasakh pada 9 April lalu.
Balik Thailand jaga ‘syurga’
Terbaharu, Nilam menerusi TikTok memaklumkan dia kini berada di Thailand kerana menjaga ibunya yang sedang sakit.
Akak ada ja dekat sini (Thailand), korang.
Ada ja, tak bersedih pun tau dan tengah sibuk jaga syurga (ibu).
Berkongsi lanjut, Nilam memaklumkan mungkin akan berada di Thailand selama seminggu atau lebih bagi memantau kesihatan ibunya di sana.
Sekarang ni akak dekat hospital, tengah tunggu doktor sampai untuk ‘check’ keadaan mak macam mana.
Kalau kata mak dah okay, mungkin boleh bawa balik tapi tak tahulah macam mana sebab hospital di Thailand sangat sangat teliti.
Jadi kita doakan sama-sama ya.
Tengoklah mungkin dalam seminggu lagi akak akan berada di sini.
Komen netizen


Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian netizen yang rata-rata mendoakan agar ibu Nilam segera sembuh dan dipermudah segala urusan.
Terdahulu, Nilam mencuri perhatian apabila mendedahkan suaminya, Azlan bakal berkahwin kali kedua.
Nilam kemudiannya hadir ke mahkamah pada 9 April lalu dengan berpakaian serba hitam bagi memfailkan fasakh.
Untuk rekod, Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.





