Pelakon dan pengacara baharu Wanita Hari Ini (WHI), Hanna Faresha akui sokongan dan dorongan keluarga menjadi antara faktor yang mendorongnya untuk menceburi pelbagai bidang dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: ‘Babah Tak Banyak Cakap, Tapi Bila Air Mata Jatuh Selepas Akad..Dia Hulurkan Kain’ – Anak Fauzi Nawawi
Artikel Berkaitan: Fauzi Nawawi Pernah Beraya Tiga Hari Di Hospital, Terkejut Kehilangan Abang Tersayang
Nak berdiri atas bakat sendiri

Ketika ditemui , Hanna atau nama sebenarnya Nurul Hanna Farisha Mohd Fauzi, 27, berkata dia tidak terganggu apabila sering dikaitkan dengan bapanya, Fauzi Nawawi.
Bagaimanapun, Hanna berharap dapat membina nama sendiri dan membuktikan kemampuan menerusi bakatnya tanpa bergantung pada populariti bapanya.
Saya tidak kisah kalau dikaitkan dengan babah sebab itu ibu bapa kita.
Macam mana pun lari, tetap ada darah dagingnya.
Tetapi, kalau boleh saya nak berdiri atas bakat sendiri. Nama saya pun, saya tak letak nama babah.
Saya tak mahu dikatakan guna cable.
Hanna berkata demikian ketika ditemui pada sidang media ‘Wanita Hari Ini (WHI) Segar Dengan Vibe Baharu’ yang berlangsung di Balai Berita, Bangsar baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai penyertaannya sebagai pengacara WHI, Hanna mengakui tidak menyangka diberi peluang tersebut. Namun, dia bersyukur kerana mendapat restu dan dorongan daripada bapanya.
Pada mulanya saya tidak pernah sangka pun nak jadi pengacara.
Sewaktu dipanggil untuk casting, saya berfikir-fikir juga nak terima atau tak nak, dan bertanya pendapat babah.
Dia okay dan merestui, itu yang saya cuba juga untuk cabar diri.
The post [VIDEO] Hanna Faresha Tak Mahu Bergantung Pada Nama Fauzi Nawawi, Pilih Berdiri Atas Bakat Sendiri first appeared on OHBULAN!.





