Dipercayai kerana cemburu, seorang lelaki mengaku menikam isterinya sebanyak 13 kali sehingga wanita itu maut, dalam satu kejadian di sebuah rumah di Taman Tiram, Kulim Hi-Tech pada Isnin.
Artikel Berkaitan: Pelajar Tingkatan Dua Cedera, Dit*kam Rakan Sekelas Dengan Kerambit
Artikel Berkaitan: Lelaki Bertopeng Heret Guru Wanita Keluar Dari Kelas & Didakwa T*kam Mangsa 20 Kali Sehingga Maut
Suami mengaku tikam isteri 13 kali

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim iaitu Superintendan Syamsul Sinring, suspek, 43, menyerah diri kepada pihak polis dan membawa sebilah pisau lipat yang dipercayai digunakan ketika kejadian.
Tempat kejadian adalah rumah teres setingkat dan kejadian berlaku dalam bilik tidur utama yang didiami suspek, mangsa serta anak mereka berusia tiga tahun.
Pemeriksaan mendapati terdapat kesan dipercayai darah pada cadar tilam, bantal, kepala katil serta beberapa barangan di atas katil.
Hasil siasatan awal mendapati insiden berkenaan dipercayai tercetus selepas pasangan tersebut bertengkar berhubung isu cemburu.
Suspek juga mengaku melakukan 13 tikaman dengan tujuh tikaman mengenai bahagian dada, lima di perut manakala satu lagi di rusuk kanan.
Selepas kejadian, suspek kemudian mandi dan mengambil anaknya daripada pengasuh sebelum menyerahkan kepada kakaknya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru, Pulau Pinang.
Suspek turut memaklumkan kepada kakaknya dia menikam isterinya sebelum ke Balai Polis Lunas untuk menyerah diri.
Mangsa, 39, kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim oleh ahli keluarganya, namun disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam.
Sebilah pisau lipat berukuran kira-kira 20 sentimeter dirampas sebagai barang kes. Hasil temu bual awal dengan jiran mendapati mereka tidak mendengar pertengkaran dipercayai akibat hujan lebat ketika kejadian.
Suspek berasal dari Parit Buntar, Perak adalah penganggur, namun hasil ujian saringan awal air kencing mendapati dia bebas dadah dan tiada rekod jenayah.
Mayat wanita terbabit kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk proses bedah siasat.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
The post Lelaki Mengaku T*kam Isteri 13 Kali, Sempat Mandi Sebelum Serah Diri first appeared on OHBULAN!.





