
Ketika ini, boleh dikatakan tarian ‘Serumpun Challenge’ menerusi lagu ‘Serumpun’ sedang hangat dan menjadi ikutan rata-rata wargamaya media sosial.
Geng Bekpes Hot cuba ‘Serumpun Challenge’
Terbaharu, empat penyampai radio bagi segmen Geng Bekpes Hot yang dikendalikan Johan, AG, KJ dan Fara Fauzana juga tidak ketinggalan melakukan ‘challenge’ tersebut.
Dalam satu hantaran di TikTok, keempat penyampai radio itu dilihat melakukan ‘challenge’ tarian tersebut bersama penyanyi asal lagu tersebut iaitu Mimifly.
Menerusi video yang berdurasi 40 saat itu, dapat dilihat kesemua mereka berjaya melakukan setiap ‘step’ yang agak sukar untuk dilakukan dengan begitu lancar dan jayanya.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan apabila KJ meraih pujian daripada netizen yang beranggap bekas Ahli Parlimen Rembau itu begitu berbakat dalam bidang seni tari selepas setahun bergelar penyampai radio.
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih lebih 226,000 tontonan dan lebih 12,000 tanda suka.
Komen netizen






