27.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ben Ladin Umum Isteri Kini Berbadan Dua – ‘Daddy & Mummy Tak Sabar Nak Jumpa Kamu’

    Shopee Sale



    Penyanyi rap, Ben Ladin mengumumkan dia dan isteri bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.

    Isteri hamil

    " data-video-id="7481278185984773383" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @mohd_benladin11

    Tahun ni raya dia tawakal sebab baju raya mcm makin tak muat ? @Annasyida Daddy & Mummy tak sabar nak jumpa kamu ???? #benladin #annasyida #benanna

    ? original sound – Yoviani – Ibunya shauqee

    Berita gembira tersebut dimaklumkan oleh Ben menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di TikTok.

    Menurut Ben atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan, isterinya Anna Syida sering melakukan ujian kehamilan sebelum ini sehinggalah disahkan hamil pada penghujung tahun lalu.

    Saya memang cakap nak ada anak terus tak payah merancang. Tapi beberapa bulan selepas kahwin Anna kerap periksa tapi belum ada rezeki.

    Kata Anna, dia tak nak periksa lagi, nanti sudah tiba masa Allah bagi rezeki mungkin dia nak bagi pada waktu yang tepat.

    Selepas dia cakap macam tu, dia kerap demam, makin tak sihat dan makin kurus sampai hilang berat badan yang ketara.

    Tapi kuasa Allah tiada tandingan. Isteri sangat positif, apa yang dia cakap memang betul.

    Alami alahan

    Dalam pada itu, pelantun lagu Hikayat Benladin tersebut turut berkongsi perubahan fizikal dan alahan yang dialami oleh isterinya.

    Dia sangat tak suka dengan bau saya dan tak boleh bau dapur tapi tetap nak masak. Shooting dan review pun dia sudah mula tolak.

    Masa awal-awal ramai yang tegur Anna muka kusam sampai nak ke mana pun dia pakai topeng.

    Hadirnya malaikat kecil dalam rahim seorang isteri yang sentiasa ada untuk suami macam Ben. Daddy dan mummy tak sabar nak jumpa kamu.

    Terdahulu, berita perkahwinan Ben disahkan oleh seorang wanita yang dipercayai ibu saudara kepada pengantin perempuan yang dikenali sebagai Hamidah menerusi hantaran di Facebook pada 8 Julai lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Radhi OAG Kesal Kes Pukul Bekas Isteri Jejaskan Karier – ‘Orang Jatuhkan Hukuman Kepada Saya Terlebih Dahulu’

    Menurut Hamidah, dia menghadiri persandingan anak saudaranya dengan Ben namun tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinan mereka.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah