Pempengaruh media sosial dan usahawan, Bella Park berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dirinya kini sedang berbadan dua.
Tak sedar berbadan dua
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di media sosial, Bella atau nama lengkapnya Nurul Nabila Zolkepli meluahkan rasa syukur dan terharu apabila akhirnya dikurniakan rezeki zuriat sekali lagi selepas 10 tahun menimang cahaya mata pertama.
Alhamdulillah, kami dua emosi sangat sebab terus terbayangkan Nenel dia kan dah 10tahun umur, dia memang teringin adik sangat-sangat.
Dalam masa sama, Bella turut menitipkan doa buat pasangan yang masih berusaha mendapatkan zuriat agar dikurniakan rezeki anak dalam masa terdekat.
Bella doakan semua yang tengah TTC akn diberikan zuriat secepat yang mungkin, Amin
Berkongsi lanjut mengenai kehamilannya, Bella memaklumkan bahawa dia langsung tidak menyedari dirinya sedang hamil meskipun aktif melakukan pelbagai aktiviti lasak.
Tambah Bella lagi, dia mengetahui mengenai kehamilan tersebut hanya beberapa hari sebelum berangkat ke luar negara.
Wei ampa tak perlu tanya lah berapa bulan dah Bella kandungan, cukup tau yang Bella dah rabat segala unta,segala roller coaster, segala ribut, lari dalam guni, lawan lari dengan husband dengan keadaan mengandung. Memang tak tau kata mengandung.
Allah ni maha baik sebab jaga kandungan dan masa tau ni pun lagi beberapa hari nak terbang ke Bosnia, Croatia, Montenegro. Kalau tak tahu ada di sana dah ni.
Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga buat kali pertama namun sah bercerai. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki istimewa yang dikenali sebagai Nenel, berusia 10 tahun.
Pada Februari 2025, Bella kembali bergelar isteri selepas mendirikan rumah tangga bersama suami, Haikal Anuar.
Sumber: Instagram Bella Park
The post [VIDEO] Bella Park Tak Sedar Sedang Hamil – ‘Naik Unta, Main Roller Coaster & Lari Dalam Guni Tapi Allah Jaga Kandungan’ first appeared on OHBULAN!.





