27.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Awie Sambut Aidilfitri Sederhana, Giliran Anak-Anak Beraya Dengan Kedua Bekas Isteri – ‘Saya Rasa Sedih..’

    Shopee Sale



    Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie memilih untuk beraya secara bersederhana berikutan tidak semua anak-anaknya dapat berkumpul bersama.

    Raya secara sederhana

    Ketika ditemui , Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman memaklumkan, anak-anak dari perkahwinan pertama dan kedua tidak dapat bersama dengannya menyambut lebaran tahun ini.

    Meskipun merasa sedikit hiba tanpa mereka, namun Awie tetap menghormati keputusan yang telah dicapai bersama bekas isterinya.

    Tahun ini persiapan biasa sahaja kerana ada anak-anak saya yang tidak beraya bersama. Mereka balik ke rumah ibu mereka masing-masing.

    Saya rasa sedih juga kerana rumah terasa agak kosong dan hanya ada anak-anak kecil. Saya tunggu mereka balik dalam dua tiga hari dan kemudian kami beraya semula. Tapi kita tetap perlu menghormati giliran masing-masing.

    Persiapan hanyalah mengemas rumah dan hanya pakai pakaian sekadar apa yang ada sahaja. Kami masih beraya tetapi tak semeriah seperti tahun lalu.

    Awie berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan sidang media Rumah Produksi Merah yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis.

    Erti seorang bapa

    Berkongsi lanjut, Awie berkata, dia mengenal erti menjadi seorang bapa adalah melalui anak sulungnya.

    Justeru, ketiadaan cahaya matanya itu ketika hari raya membuatkan dia merasa sedih.

    Saya kalau tak ada anak-anak saya merasa sedikit lemah, tambahan pula mereka sudah dewasa. 

    Seorang bapa akan mengenali erti tanggungjawab daripada anak sulungnya. Jadi bila anak sulung tak ada, saya terasa perbezaannya. 

    Bukanlah anak-anak lain tidak memberi makna namun anak sulung lah yang memberi gelaran bapa kepada kita. Saya tak tahulah kalau dia nak kahwin nanti macam mana. 

    Tetapi raya tetap raya, kita kena diraikan kemenangan berpuasa.

    Menurut Awie, anak-anak akan bermaaf-maafan dengannya terlebih dahulu sebelum mereka berangkat untuk beraya dengan ibu masing-masing.

    Sebelum raya lagi mereka dah menangis. Bila pagi raya maka akan sampailah mesej-mesej daripada mereka.

    Sekadar info, Awie pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Arni Nazira dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.

    MENARIK:  Zaquan Adha Nak Jual Meja ‘Snooker’, Tempat Terakhir Beri CPR Pada Arwah Anak – ‘Saya Akan Ingat Saat Getir Selamatkan Raees’

    Awie kemudian berkahwin buat kali kedua bersama Rozana Misbun pada 2005, namun sah bercerai pada 1 November 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga anak, Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha.

    Pelakon filem Hantu Kak Kak Limah itu bertemu jodoh buat kali ketiga dengan isterinya, Sharifah Ladyana pada 7 Oktober 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah