28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Lan Pet Pet Minta Maaf Kepada Fazura Isu Lawak Lucah – ‘Saya Tidak Mempunyai Sebarang Niat’

    Shopee Sale

    Anggota Senario, Lan Pet Pet tampil meminta maaf kepada Fazura secara terbuka selepas didakwa melontarkan lawak berunsur lucah kepada pelakon itu, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lan Pet Pet Dikecam, Didakwa Buat Lawak Lucah Terhadap Fazura – ‘Biadab & Kurang Ajar!’

    MENARIK:  [VIDEO] Nazim Othman Jadikan Ammar Ahyan Sebagai Inspirasi – ‘Buka Lagu Kebangsaan Semangat Terus Ada’

    Artikel Berkaitan: ‘Kurang Berakal & Tak Sensitif – Auntie Purple Tegur Gurauan Lan Pet Pet Terhadap Fazura

    Minta maaf

    @

    ♬ –

    Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Mazlan Ahmad, 56, menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak menyedari lawak yang dilakukannya telah menyakitkan hati Fazura.

    Kepada Fazura, Abang Lan minta maaf daripada hujung rambut sampai hujung kaki.

    Dalam sedar tak sedar saya membuat lawak ada benda yang menyentuh hati dan perasaan Fazura.

    Menurut Lan, dia tidak mempunyai sebarang maksud buruk terhadap pelakon itu dan mengakui dirinya hanyalah insan biasa yang sering melakukan kesilapan.

    Kata Lan, kerana terlalu gembira dengan suasana ketika itu, dia tidak sedar telah terlepas cakap sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan ramai.

    Kepada semua peminat Fazura dan Senario, saya langsung tidak mempunyai niat apa pun. Demi nama Allah, saya ini manusia biasa.

    Sekali lagi saya minta maaf, saya terlepas cakap dan saya memang tidak sedar dengan suasana pada ketika itu.

    Sebelum ini, Lan Pet Pet berdepan dengan kritikan netizen selepas secara terbuka melakukan lawak yang mempunyai double meaning terhadap Fazura.

    Perkara itu kemudiannya mencetuskan kemarahan para peminat pelakon filem Pisau Cukur itu.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Lan Pet Pet Minta Maaf Kepada Fazura Isu Lawak Lucah – ‘Saya Tidak Mempunyai Sebarang Niat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah