Pengarah Dr Ahmad Idham tampil memberikan penjelasan berhubung isu kesesakan lalu lintas di kawasan premis perniagaannya.
Artikel Berkaitan: ‘Ahmad Idham, Kita Jiran & Boleh Bincang? Tak Perlu Suruh Saya Pindah Tempat Lain’ – Aliff Syukri
Artikel Berkaitan: Nur Shahida Bidas Ahmad Idham, Dakwa Wisma Dherbs Punca Kesesakan Lalu Lintas? – ‘Saya Di Sini Sejak 2015’
Penjelasan Ahmad Idham
Menerusi perkongsian di TikTok, Ahmad Idham atau nama sebenarnya, Ahmad Idham Ahmad Nadzri memohon maaf kepada pihak yang terkesan dengan kenyataannya berkenaan isu tersebut sebelum ini.
Kalau betul-betul baca konteks itu, tidak ada kena-mengena dengan mana-mana individu atau syarikat.
Sekiranya ada mana-mana syarikat atau individu yang mungkin salah anggap daripada apa yang saya tulis, saya minta maaf kerana itu bukan niat saya.
Bagaimanapun, Ahmad Idham berkata, luahan yang disuarakan adalah kerana dia kesal dengan segelintir individu yang didakwa menghalang laluan di premis miliknya.
Niat sebenar saya ialah kerana saya amat kesal dan kecewa. Kita berada dalam zaman 2026 ni tapi masih berdepan dengan sikap pemandu-pemandu atau pemilik-pemilik kenderaan yang masih lagi pentingkan diri atau yang masih lagi tidak faham undang-undang, sesuka hati halang laluan premis orang.
Saya ada sekolah pendidikan khas. Dalam premis saya tu ada ramai anak-anak murid berkeperluan khas.
Awak semua tanpa rasa bersalah, block saya punya laluan itu. Benda ni bukan baru berlaku hari ini tapi dah berlaku berbulan-bulan.
Macam-macam tindakan telah diambil tetapi pemandu-pemandu atau pemilik-pemilik kenderaan yang melalui jalan itu, seolah-olah tak ada kesedaran ke? Tak ada otak ke apa? Dahlah block parking orang, kau block pula laluan premis perniagaan orang.
Sikap pemandu

Bagaimanapun, pengarah filem lmpak Maksima itu menegaskan bahawa teguran yang dilontarkan bukan untuk mana-mana syarikat mahupun individu.
Dekat situ bukan satu syarikat saja yang berniaga, banyak lagi syarikat yang berniaga.
Jadi apa yang saya tegur itu adalah bukan kepada syarikat atau individu, tapi lebih kepada sikap pemandu-pemandu kita yang menggunakan laluan di jalan tersebut dengan sikap yang tidak bertanggungjawab.
Saya harap tidak ada lagi pihak-pihak yang cuba nak memusing cerita seolah-olah ada individu attack dekat sini. Tidak ada sama sekali.
Kerana kalau ada, takkanlah pihak majlis (Majlis Perbandaran) bekerjasama dengan aduan yang saya buat itu untuk memastikan keharmonian dan kelangsungan lalu lintas di kawasan premis yang berada di jalan tersebut.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan juga teamnya, pegawai-pegawai yang bertanggungjawab di atas kecekapan dan keberkesanan.
Alhamdulillah isu lalu lintas ini telah berjaya mereka tangani dengan begitu profesional sekali.
Terdahulu, Ahmad Idham menerusi beberapa hantaran di Threads meluahkan rasa kesal apabila kawasan sekitar wisma milik pasangan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida menjadi tumpuan orang ramai sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.
Walaupun tidak menyebut secara khusus nama mana-mana premis, namun salah satu perniagaan yang beroperasi di kawasan tersebut dipercayai milik usahawan tersebut.
Dalam salah satu komen balasnya, Ahmad Idham turut berpendapat kawasan berkenaan tidak sesuai dijadikan lokasi jualan yang mampu menarik kehadiran ramai pelanggan kerana berpotensi mengganggu aliran trafik setempat.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Apa Yang Saya Tegur Itu Bukan Kepada Syarikat Atau Individu, Tapi Sikap Pemandu’ – Ahmad Idham first appeared on OHBULAN!.





