30.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 1, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Along Cham Dakwa Bapa Mentua Tak Hadir Di Mahkamah Ketika Diikat Jamin – ‘Mesti Ada Sesuatu Berlaku Yang Saya Tak Tahu’

    Shopee Sale



    Pelakon dan pelawak, Along Cham tertanya-tanya mengenai ketiadaan bapa mentuanya, Suhaimi ketika dia diikat jamin di mahkamah pada Disember lalu.

    ‘Di mana mereka ketika saya diikat jamin?

    " data-video-id="7471267677940550930">
    @didi.alias.show Where are you? # #beritaharian #siakapkeli #urtv #mstar #alongcham ? original sound – Didi Alias Show

    Menerusi temu bual bersama pelakon, Didi Alias di D’apetu Show, Along atau nama lengkapnya Muhammad Nizamuddin Ahmad berkata, bapa mentuanya itu pernah berpesan sebagai seorang lelaki sejati, dia perlu berjumpa dengannya secara berdepan.

    Namun, ketika Along berdepan detik sukar di mahkamah kelibat ibu dan bapa mentuanya itu tidak kelihatan. Sebaliknya yang hadir hanyalah isterinya, Afreena Suhaimi.

    Soalan saya, di mana mereka ketika saya diikat jamin di mahkamah? Kenapa keluarga saya, termasuk mak, adik-beradik, keluarga angkat dan kawan-kawan, ramai yang datang menyambut saya? Tapi mana mereka berdua?

    Meskipun Along menegaskan bahawa hubungannya dengan bekas mentua masih baik, namun percaya mungkin ada perkara lain yang berlaku tanpa pengetahuannya.

    Saya dan mak serta bapa mentua saya okay. Tapi mesti ada sesuatu yang berlaku yang saya sendiri tak tahu. Bapa mentua sepatutnya boleh saja datang dengan anak dia (Feena).

    Terdahulu, Along memberitahu akan memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Syariah Sepang dalam masa terdekat.

    MENARIK:  [VIDEO] Kieda Crepe Menangis, Netizen Dakwa Kongsi Berita Kehamilan Terlalu Awal Punca Gugur – ‘Saya Cuma Teruja’

    Sekadar info, Along mendirikan rumah tangga dengan Afreena, 33, pada 4 April 2024.

    Sebelum itu, Along pernah berkahwin dengan bekas peserta Akademi Fantasia iaitu Zila Seeron pada Januari 2010. Namun bercerai pada Ogos 2016.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Ahmad Daniel, 14.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah