Pelakon Sharifah Sakinah akui miliki cara tersendiri dalam menyiapkan diri dijauhkan daripada penyakit ain sepanjang bergelar anak seni.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharifah Sakinah Dedah Lelaki Barat Lebih Bertanggungjawab, Hargai Kecantikan Asli Wanita – ‘Mereka Suka Beri Pujian Kecil’
Artikel Berkaitan: Sharifah Sakinah Enggan Terlalu Tayang Wajah Suami – ‘Saya Akan Tunjuk Sekali Sekala Sahaja’
Kehidupan selebriti
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sakinah atau nama lengkap Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 36, berkata, kebersihan rumah menjadi keutaaman dirinya untuk mengelak daripada diganggu mahkluk halus.
Ujarnya lanjut, dia mengamalkan mandian limau dan ais batu ketika maghrib dan sebelum subuh.
Aku pastikan rumah tiada cicak, lipas dan tikus. Itu penjelmaan mereka.
Sebab itu aku jaga energy. Kalau maghrib aku tutup lubang jamban.
Jadi selebriti, hari-hari orang cemburu. Kadang-kadang mereka tak hantar pun, tapi bila mereka tengok hantaran di media sosial, mereka menyumpah.
Sebab itu media sosial kena jaga. Aku husnuzon lagi, mereka tidak lah sampai pergi bomoh tunjuk muka aku.
Mandi ais dan limau waktu maghrib dan sebelum subuh setiap kali aku rasa tak sedap badan.
Itu sunah, sangat bagus.
Penuh dengan ilmu




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat tahap pengetahuan pelakon berusia 36 tahun itu yang masih mengamalkan petua orang dulu-dulu. Selain itu, warganet turut memuji ilmu agama Sakinah yang dianggap terjaga.
Sumber: TikTok @sembangseram
The post [VIDEO] ‘Aku Pastikan Tiada Lipas, Cicak & Tikus’ – Sharifah Sakinah Miliki Cara Tersendiri Elak Sihir first appeared on OHBULAN!.