
Pempengaruh media sosial, Aiman Tak Kesah menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dirinya terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Tunjuk keputusan ujian air kencing
Menerusi rakaman video yang dimuat naik @rancakviral.rv, Aiman yang sedang membuat sesi siaran langsung turut menunjukkan bukti ujian air kencing yang dilakukannya di sebuah klinik bertarikh 16 Mei lalu.
Ujarnya, pendedahan itu dibuat adalah bertujuan untuk membersihkan nama baiknya dan keluarga.
Untuk saya bersihkan nama baik keluarga saya berada di kampung dan seluruh keluarga besar saya iaitu keluarga arwah ayah dan mak saya, saya nak jujur yang saya tak ambil dadah.
Saya dah buat ‘urine test’, ujian dadah dalam badan saya sewaktu 16 haribulan.
Ini ujian yang saya dah buat dengan doktor, di mana ada lima jenis dadah seperti morfin dan ganja yang menunjukkan saya negatif dan tiada dalam badan saya.
Perkara ini adalah untuk ‘clear’kan nama saya.
Sifatkan Siti isteri yang baik

Menerusi sesi siaran langsung yang sama, pempengaruh berusia 22 tahun itu turut mengakui kesilapannya yang tidak dapat menahan kemarahan sehingga melafazkan cerai terhadap isterinya, Siti Jamumall.
Ilmu agama dalam diri saya memang kurang dan sepatutnya saya cari ilmu dulu barulah saya buat keputusan yang besar.
Saya tak boleh kawal sebenarnya. Tetapi cukuplah, perkara yang berlalu itu cukuplah.
Yang penting sekarang ini, saya nak minta maaf sangat dekat korang dan kalau korang nak benci saya sangat pun, bencilah.
Dalam pada itu, Aiman turut menyifatkan Siti sebagai seorang isteri yang sangat baik serta taat kepada suami.
Siti Jamumall adalah seorang isteri yang taat, keluarga Siti Jamumall adalah antara yang paling terbaik pernah saya jumpa.
Siti juga merupakan seorang isteri yang dengar cakap suami. Hebatlah, dia seorang isteri yang sangat pandai berdikari.
Di akhir perkongsian, Aiman berharap orang ramai dapat mendoakan agar segala urusan isterinya sepanjang proses kehamilan dipermudah.
Cuma korang doakanlah Siti bawa kandungan itu dengan sebaik-baiknya, dan anak saya lahir dalam keadaan sihat.
Terdahulu, berlaku pertelingkahan antara Siti dan Aiman sehingga membawa kepada lafaz talak ketika sesi siaran langsung di TikTok.
Sebelum ini, Siti mengaku berlakunya perceraian kali pertama antara dirinya dan Aiman namun mereka kembali rujuk selepas pengesahan lafaz cerai.
Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4 tahun.
Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.





