
Pelakon, Datuk Aaron Aziz pernah berdepan dengan situasi lewat menerima bayaran sewaktu terlibat dalam sesi penggambaran bersama sebuah syarikat produksi, beberapa tahun lalu.
Aaron tak nak shooting
Disebabkan itu, Aaron mengambil keputusan itu tidak meneruskan sesi penggambaran selagi bayarannya sebagai pelakon tidak dilunaskan.
Bayaran dah lambat sebulan, produser tak nak bayar?
Saya buka mikrofon, terus cakap, ‘Saya tak nak shooting’.
Sampaikan kru filem pun cakap, ‘Bagus, filem-filem semua ini abang simpan, kita tak payah shoot sebab belum dapat bayaran’.
Aaron berkongsi perkara tersebut menerusi sesi podcast Syok yang dikendalikan hos, Sudyr Tahir.
‘Particular’ bab bayaran

Bercerita lanjut, pelakon yang terkenal menerusi filem ‘KL Gangster’ ini memaklumkan bahawa dirinya merupakan seorang yang tegas bila membabitkan soal bayaran.
Saya jenis pelakon yang anda boleh suruh saya kerja 18 jam tanpa henti tapi kalau dalam kontrak kata hari ini adalah bayarannya maka hari itu jugalah kamu kena bayar.
Saya memang ‘particular’ bab bayaran.
Tapi kalau dah tangguh sampai sebulan tapi lepas itu awak macam bodoh-bodoh.
Daripada pagi kata cek ‘on the way’ tapi sampai 10 malam tak sampai-sampai.
Cek daripada mana? Jakarta ke?
Walau bagaimanapun, Aaron memilih untuk tidak mendedahkan nama produksi serta drama atau filem yang dibintanginya itu.
Filem atau drama apa itu tak boleh nak sebut tapi siapa yang tengok ini tahulah.





