Pelakon, Puteri Sarah Liyana gagal menahan sebak ketika berkongsi bahawa pada awalnya dia tidak menyedari dirinya memiliki kekuatan dalaman yang besar.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Pernah Kena & Jauhkan Diri Dari Orang Perangai Macam Itu’ – Puteri Sarah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Tegaskan Wanita Perlu Ada Ilmu, Ketahui Hak Sendiri – ‘Saya Harap Dapat Membuka Mata Yang Lain’
Mampu harungi ujian
View this post on Instagram
Menerusi satu perkongsian video di Instagram, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 41, mengakui dia pernah menganggap dirinya lemah dan tidak mampu melalui sesuatu ujian.
Namun, pelbagai dugaan dalam rumah tangga yang dilaluinya telah mengubah persepsinya terhadap kekuatan diri.
Dulu saya tidak sedar yang saya mempunyai kekuatan.
Dulu saya fikir yang saya ini lemah, tidak boleh tapi bila dilanda ujian, baru tahu yang kita sebenarnya mampu.
Semua ini kerana kita mendorong diri kita sehingga ke tahap yang maksimum.
Bangkit demi anak-anak

Dalam pada itu, aktres drama ‘Suri’ turut mengakui bahawa dia melalui fasa sukar selama lima tahun sebelum akhirnya bangkit demi anak-anaknya.
Saya sudah lima tahun bertahan dan saya lemah.
Tapi selepas lima tahun, saya bangkit kerana mempunyai dua orang anak.
Kekuatan saya adalah anak-anak.
Justeru, menerusi ruangan kapsyen hantaran tersebut bersempena Hari Ibu, Puteri meluahkan bahawa tidak semua orang memahami betapa lelahnya untuk terus menjadi kuat setiap hari.
Tak semua orang tahu betapa penatnya menjadi kuat setiap hari.
Ada waktu hati terlalu lelah, dunia terasa berat, dan air mata jatuh diam-diam tanpa sesiapa nampak.
Ujarnya lagi, setiap kali melihat anak-anak, kekuatan itu kembali hadir dalam dirinya semula.
Tapi setiap kali melihat anak, ada satu kekuatan yang hadir semula dalam diri.
Kekuatan seorang ibu lahir daripada pelukan kecil dan senyuman anak yang tidak pernah tahu betapa mereka sebenarnya sedang menyelamatkan hati ibunya.
Sekadar info, Sarah dan pengarah, Syamsul Yusof pernah berkahwin pada 8 Mac 2014 namun disahkan bercerai pada Jun 2023.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah
Sumber: Instagram
The post [VIDEO] ‘5 Tahun Bertahan & Saya Lemah.. Tapi Saya Bangkit Demi Anak-Anak’ – Puteri Sarah first appeared on OHBULAN!.





