29 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 4, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tun Laila Selamat Bertunang – ‘Kepada Bakal Suami, Awak Anugerah Terindah Yang Allah Berikan’

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Tun Laila telah selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya, Amir Haiqal dalam sebuah majlis yang berlangsung penuh bermakna baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tun Laila Kongsi Tips Kekal Konsisten Solat 5 Waktu – ‘Sebagai Wanita, Kena Tahu Tujuan Hidup’

    Selamat bertunang

    Menerusi hantaran di Instagram, Tun Laila menitipkan sebuah coretan istimewa yang ditujukan khas kepada bakal suaminya.

    Kepada lelaki yang hadir tanpa diduga, yang berjaya meraih rasa hormat dan kasih saya iaitu tunang saya, bakal suami saya.

    Setahun lalu, kita bertemu secara tidak sengaja. Hanya selepas dua pertemuan, awak sudah berani berjumpa dengan ayah dan abang-abang saya.

    Merancang sebuah majlis perkahwinan bersama awak, mereka bentuk hiasan dan melihat nama kita berdua tertera pada papan pertunangan, semuanya terasa begitu indah dan menakjubkan.

    Tidak pernah saya terfikir bahawa daripada berjuta-juta insan di dunia ini, awaklah orang yang telah Allah takdirkan untuk saya.

    Dalam perkongsian sama, Tun Laila menyifatkan tunangnya sebagai hadiah terindah dalam hidup selain memanjatkan rasa syukur kepada Tuhan.

    Saya sudah mendengar nama awak sejak zaman universiti undang-undang lagi, pernah terserempak sekali di gelanggang badminton pada tahun 2021.

    Kini, kita berada di ambang hari yang paling bermakna, hari di mana saya akhirnya boleh memanggil awak sebagai suami.

    Awak adalah doa saya yang dimakbulkan, Amir Haiqal. Awak adalah antara anugerah terindah yang Allah berikan kepada saya dan untuk itu, saya amat bersyukur.

    Selamanya dengan awak dari terbitnya mentari hingga ke senjanya dan di setiap detik di antaranya.

    Terdahulu, berita pertunangan pasangan itu menjadi perhatian selepas pereka fesyen terkenal tanah air, Shanell Harun berkongsi beberapa foto di media sosial memaparkan Tun Laila mengenakan busana hasil rekaannya.

    MENARIK:  [VIDEO] Tak Jadi Kahwin Saat Akhir, Pengantin Lelaki Dedah Perkara Sebenar..Dah Perhabis Lebih RM30k – ‘Ada Penglibatan Orang Ketiga’

    Dalam foto berkenaan, Tun Laila kelihatan begitu anggun mengenakan baju kurung moden berona merah jambu lembut, manakala tunangnya tampil segak dengan persalinan baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok.

    Sumber: Instagram

    The post Tun Laila Selamat Bertunang – ‘Kepada Bakal Suami, Awak Anugerah Terindah Yang Allah Berikan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah