30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Kisah Pelajar Tingkatan 3 Didakwa Murtad, Terpengaruh Dengan Rakan ‘Online Game’

    Shopee Sale

    Baru-baru ini, tular satu kisah seorang pelajar lelaki Melayu berusia 15 tahun didakwa terpengaruh untuk keluar dari agama Islam (murtad) selepas bergaul dengan rakan-rakan yang dikenali melalui permainan dalam talian.

    Murtad sebab kawan dalam ‘game’

    Menerusi yang dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama Tembisik Belantara, berkongsi pengalamannya membantu pelajar Tingkatan 3 berkenaan.

    Murtad di Ipoh. Kawan di game online ajak pelajar melayu Islam berumur 15 tahun keluar Islam dan masuk Kristian.

    Saya diminta oleh pihak berkuasa agama untuk bantu kes.

    Dia turut mendakwa pelajar itu bukan sahaja diajak untuk memeluk agama Kristian malah turut dibantu oleh rakan-rakan ‘game’ untuk menghafal petikan-petikan ayat dari kitab Bible.

    Pertemuan kali pertama dan kedua saya layan hampir 20 soalan anak ini tentang ayat-ayat perang dalam AlQuran untuk menunjukkan Islam agama yang ganas.

    Beliau juga menghafal petikan ayat-ayat di dalam bible melalui internet dengan bantuan kawan-kawan di game online.

    Saya jawab kembali satu persatu melalui petikan bible bahasa ibrani sehingga beliau baru tersedar kesilapan beliau mempercayai segala dakyah yang beliau perolehi.

    Hantaran itu turut disertakan dengan gambar pertemuan dengan pelajar bersama ibu bapanya.

    Air mata dan wajah lega ibu dan ayahnya tatkala melihat anaknya sendiri mulai ragu dengan dakyah-dakyah kristian yang beliau dipengaruhi melalui game online.’

    Susulan daripada apa yang berlaku, individu ini sempat  menasihati para ibu bapa tentang bahaya pendedahan anak-anak kepada gajet dan permainan dalam talian tanpa kawalan.

    MENARIK:  Baru Kenal 5 Minit, Leona Mesra ‘BerTikTok’ Dengan Lelaki Sepanyol 

    Hantaran tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen yang melahirkan kebimbangan terhadap isu pemantauan aktiviti anak-anak di alam maya.

    Sumber: Facebook Tembisik Belantara

    The post Tular Kisah Pelajar Tingkatan 3 Didakwa Murtad, Terpengaruh Dengan Rakan ‘Online Game’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah