29.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 20, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tragedi: Budak 8 Tahun Ditemui Mati Lemas Dalam Kolam Renang Setelah Ditinggalkan Pengasuh

    Shopee Sale



    Foto: Detik News

    Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun ditemukan lemas di dalam kolam renang selepas ditinggalkan sebentar oleh pengasuhnya dalam satu kejadian di Cilegon, Indonesia.

    Maut dalam kolam renang

    Foto: Detik News

    Memetik laporan News Detik, kejadian berlaku dalam sekelip mata sahaja selepas pengasuh yang dikenali sebagai Daisa meninggalkan anak asuhannya, Sheza sebentar untuk pergi mandi. Namun siapa sangka, tiada lama kemudian dia melihat kanak-kanak itu sudah tiada di dalam kawasan rumah.

    Meskipun sudah mencari di merata-rata tempat, namun dia tidak menemui kelibat anak asuhannya sehinggalah dia mendapat berita daripada penduduk setempat tentang penemuan seorang kanak-kanak lemas di dalam kolam renang. Setibanya di lokasi kejadian, dia melihat Sheza sudah terbaring tidak bernyawa.

    Difahamkan, Daisa mendakwa sebelum itu dia telah memeriksa kolam renang tersebut namun tiada melihat kelibat sesiapa berenang di situ. Tambahan pula, pintu pagar kolam renang berkenaan juga berada dalam keadaan tertutup.

    MENARIK:  Tips Menjelang Bayar Balik Pinjaman Supaya Sentiasa On-Time

    Susulan daripada apa yang berlaku, kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah