Senarai Top 5 bagi semua kategori Paling Viral Online kini telah pun diumumkan, susulan penutupan undian pada 26 November lalu.
Artikel Berkaitan: Undian Paling Viral Online Berakhir Esok, Saat Genting Untuk Peminat Pilih Calon Pemenang
Artikel Berkaitan: Tercalon Selebriti Paling Viral! Zarif Ghazzi Syukur Sebaris Fattah Amin & Hun Haqeem
Hasil sokongan anda

Detik yang dinantikan akhirnya tiba masa untuk kita meraikan individu serta karya yang telah mencetuskan fenomena besar dalam dunia hiburan digital.
Pada 1 Disember, senarai Top 5 bagi kesemua enam kategori utama Paling Viral Online telah pun diumumkan hasil sokongan dan undian para peminat.
Jadi, inilah peluang untuk menghargai selebriti, pempengaruh, pencipta kandungan, usahawan, lagu, drama dan kelab peminat yang benar-benar mencuri perhatian sepanjang tahun 2025.
Setiap undian daripada anda memberi mereka peluang untuk menerima pengiktirafan istimewa.
Tujuh kategori

Tujuh kategori utama dipertandingkan tahun ini seperti Anugerah Utama Paling Viral Online, Selebriti Paling Viral, Digital Content Creator Paling Viral, Usahawan Paling Viral, Lagu Paling Hot (kerjasama Hot FM), Drama Paling Viral, dan Kelab Peminat Paling Viral.
Bagi kategori Selebriti Paling Viral, calon Top 5 tahun ini terdiri daripada Meerqeen, Amira Othman, Anna Jobling, Fattah Amin dan Andy Teh
Seterusnya bagi kategori Digital Content Creator Paling Viral, barisan Top 5 yang paling banyak menerima undian tinggi daripada peminat ialah Acap S, Mek Yun, Cik Epal, Ryan Bakery dan Sir Fathi.
Bagi kategori Usahawan Paling Viral yang berjaya mara ke senarai Top 5 adalah Datuk Seri Aliff Syukri, Ojen Aiwah, Christy Ng, Hafiz dan Aina serta Mua Bellaz.
Di samping itu, kategori Lagu Paling Hot terdiri daripada lagu Angkat, Bukan Lagi Kita, Nurcinta, Menjaga Jodoh Orang Lain dan Memori Mungkin Berulang.
Kategori Drama Paling Viral pula terdiri daripada Aku Bukan Ustazah 2, Bidaah, Seribu Tahun, Dia Imamku dan Keluarga Itu.
Akhir sekali, tidak lupa juga bagi kategori Kelab Peminat Paling Viral berjaya melangkah ke Top 5 ialah, Siti Nordiana (Siti Nordiana FC), Anna Jobling (Anna Jobling FC), Khai Bahar (Khai Bahar Empire), Meerqeen (Meerqeen Troopers) dan Fattah Amin (TheFATeam).
Tajaan Khas

Jangan lepaskan malam kemuncak yang bakal berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam, di mana pemenang bagi setiap kategori akan diumumkan.
Bagi memperluas capaian, melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital. Malah, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #palingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Paling Viral Online ditaja khas oleh F&N SEASONS, iaitu jenama minuman yang sentiasa dekat di hati rakyat Malaysia. Ini membuktikan bahawa F&N sentiasa menyokong kuat usaha individu-individu tempatan dalam bidang kreatif dan digital.
Maklumat lanjut boleh didapati menerusi laman rasmi: http://www..com/palingviralonline
The post Top 5 Paling Viral Online Telah Diumumkan, Saksikan Malam Kemuncak 19 Disember Ini! first appeared on OHBULAN!.





