27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tiz Zaqyah Berang Kebolehan Wanita Dipertikai, Mohon Dorongan Buat Pejuang Sumud Flotilla

    Shopee Sale

    Pelakon Tiz Zaqyah tampil bersuara ekoran tindakan segelintir rakyat Malaysia yang menjadikan misi kemanusiaan Sumud Flotilla sebagai satu isu negatif di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tiz Zaqyah Rancang Kahwin Tahun Depan, Kenalan Sejak Kecil Jadi Pilihan Hati – ‘Bila Tiba Masanya Saya Buat Pengumuman Rasmi’ 

    Artikel Berkaitan: Tiz Zaqyah Alami Gastrik & Keracunan Makanan – ‘Rasa Macam Tak Ada Harapan..Punya Sakit’

    Tampil bersuara

    View on Threads

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Tiz atau nama lengkapnya Siti Zaqyah Abdul Razak dilihat berang apabila terdapat beberapa kenyataan yang menghalang wanita daripada menyertai misi kemanusiaan.

    Tambah Tiz, tiada mana-mana pihak berhak menentukan jalan hidup seseorang apatah lagi jika individu itu memilih untuk berjuang bersama Sumud Flotilla.

    Mereka sedang berada di luar sana menjalankan misi global yang berisiko tinggi untuk memecahkan kepungan, tetapi di sini masih ada yang mempertikaikan apa yang wanita boleh atau tidak boleh lakukan.

    Pertama sekali, kita tidak berhak menentukan apa yang orang lain mahu perjuangkan dalam hidup mereka.

    Dalam pada itu, pelakon drama bersiri popular Nur Kasih berharap agar lebih ramai golongan yang berikan kata-kata semangat serta dorongan buat pejuang Sumud Flotilla.

    Tiada apa yang perlu dibuktikan. Cubalah jadi insan yang baik dan berikan kata-kata semangat serta dorongan.

    Sertailah semangat itu. Jangan memutar belit sehingga membuatkan perkara ini kelihatan salah.

    Kita mahu bersama-sama mengumpul kekuatan untuk berjuang. Malulah sedikit dengan sikap bitter itu.

    Terdahulu, kenyataan peserta GSF itu menerima pelbagai reaksi ramai selepas dia mempertahankan pelakon Nadzmi Adhwa yang memberi kebenaran kepada isterinya, Ardell Aryana untuk berjuang di Sumud Flotilla 2.0.

    MENARIK:  [VIDEO] Seram Dengar Suara Zara Zya Berubah, Lelaki Ini Kongsi Cara Hindarkan Diri Daripada Terkena Sihir

    Sumber: Threads @tiz.zaqyah

    The post Tiz Zaqyah Berang Kebolehan Wanita Dipertikai, Mohon Dorongan Buat Pejuang Sumud Flotilla first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah