Penyanyi meningkat naik, Hadie Elfardie kini lebih berwaspada dalam membalas mesej peribadi (DM) daripada peminat di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadie Kongsi Ammar Haikal Tak Berkira Soal Duit – ‘Saya Nak Bayar Balik Dia Tak Ambil Pun’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadie & Adik Bimbing Kanak-Kanak Mengaji Buat Netizen Kagum – ‘Mereka Warisi Ilmu Dari Arwah Suhaimi Saad’
Peminat ajak Hadie kahwin

Ketika ditemui , anak sulung kepada pasangan selebriti Allahyarham Suhaimi Saad dan Ina Naim ini mengakui pernah menerima mesej berlebihan daripada segelintir peminat.
Malah ada individu tidak dikenali cuba mengajaknya berkahwin walaupun tidak pernah berjumpa.
Sebelum ni saya rajin balas DM, balas komen, like semua. Tapi bila lama-lama bila saya makin layan, dia macam makin lama makin melarat.
Benda yang paling kelakar sekali ada orang ajak kahwin.
Hadie berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu Dentam Dentum Raya di UTM Hotel & Residence, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Peka dengan situasi yang berlaku, Hadie mengambil pendekatan lebih berhati-hati dan memaklumkan kepada ibunya yang merangkap pengurusnya buat masa ini.
Saya sangat berhati-hati. Kalau apa-apa orang DM saya bagi tahu manager saya lah, ibu saya.
Apa-apa memang saya beritahu ibu, saya tak ada rahsia-rahsia.
Tidak terhenti di situ, Hadie juga berkata ada segelintir pihak sengaja menggunakan alasan tawaran kerja semata-mata untuk mendekatinya.
Ada juga yang mula-mula tanya berkaitan kolaborasi produk. Tapi selepas balas, tiba-tiba ajak berkenalan pula.
Ingatkan dengan tawaran itu, bolehlah ‘masyuk’, tapi rupanya lain pula. Sebab itu kalau ada orang nak bagi job pun saya beri nombor telefon ibu.
Dalam perkembangan lain, Hadie bersama Ammar Haikal dan Auddra Zulkifli telah melancarkan single raya berjudul Dentam Dentum Raya.
Karya tersebut mendapat sentuhan Amzar Sabri, Jaja Ishak, Rebelasia dan Madebyartin selaku komposer serta penulis lirik.
The post Terima Mesej Berlebihan & Ditawar ‘Job’ Palsu, Hadie Elfardie ‘Tapis’ DM Peminat – ‘Ada Yang Ajak Saya Kahwin’ first appeared on OHBULAN!.





