29 C
Kuala Lumpur
Friday, July 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Terima Kasih Luang Masa Untuk Saya..Tolong Sihat Selalu & Tunggu Saya Ya’ – Lee Je Hoon Janji Kembali Dengan Projek Baharu

    Shopee Sale

    Pelakon terkenal Korea Selatan, Lee Je Hoon meluahkan rasa terharu terhadap sokongan peminat di Malaysia ketika menghadiri Lee Je Hoon Fan Meeting [Our 20th Moment] baru-baru ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Pasangan Kekasih Beza Agama Berpisah Secara Baik – ‘Aku Nikah Tak Akan Jemput Kamu…Sedih Nanti’

    Artikel Berkaitan: Lee Je Hoon Temui Peminat Di Malaysia Pada April Ini, Tiket Dijual Bermula 25 Februari

    Lee Je Hoon terharu

    " data-video-id="7627546678127545607" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    2026 Lee Je Hoon Fanmeeting – Our 20th Moment. Kami akan rindu u jugak😭 Thank you for coming to Malaysia Lee Je Hoon #Our20thMomentInKL #

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Bintang drama popular Taxi Driver itu mengakui tidak menyangka kehadirannya mendapat sambutan hangat daripada peminat tempatan yang sanggup meluangkan masa pada hujung minggu untuk bertemunya.

    Menurut Lee Je Hoon, dia amat menghargai usaha peminat yang hadir walaupun hanya untuk bertemu dengannya dalam tempoh yang singkat.

    Awak mesti semua tahu saya sentiasa nak berjumpa dengan peminat di Malaysia. Walaupun saya tak berapa ‘cool’, tapi awak semua luangkan masa pada hari Sabtu petang dan beli tiket untuk jumpa saya. 

    Saya tak dapat gambarkan dengan kata-kata betapa saya hargai awak semua

    Dalam masa sama, Lee Je Hoon berharap agar hubungan bersama peminat dapat diteruskan untuk jangka masa panjang, seiring perjalanan kerjayanya dalam industri hiburan.

    Saya dah 20 tahun dalam industri seni dan saya harap pada tahun ke-30, 40 dan seterusnya kita semua boleh menua bersama-sama dan menikmati projek saya,.

    Saya akan pastikan saya ‘come back’ dengan projek yang lebih menarik dan kita boleh enjoy sama-sama. Tolong bersabar dan tunggu saya. Saya harap awak semua sihat dan jangan jatuh sakit.

    Jangan lupa makan dan sihat selalu ya.

    Menariknya, Lee Je Hoon turut berkongsi pengalamannya menikmati pelbagai hidangan popular tempatan sepanjang berada di Malaysia.

    Antara makanan yang dicuba termasuk nasi lemak, kuetiau goreng, roti canai dan karipap yang menurutnya mempunyai rasa tersendiri.

    Dia turut menyifatkan Malaysia sebagai ‘syurga makanan’ kerana kepelbagaian dan keenakan hidangan yang ada di negara ini.

    The post ‘Terima Kasih Luang Masa Untuk Saya..Tolong Sihat Selalu & Tunggu Saya Ya’ – Lee Je Hoon Janji Kembali Dengan Projek Baharu first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah