24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Tarik Lengan Baju Mungkin Cara Dia Tahan Air Mata’ – Individu Ulas Bahasa Tubuh Han, Harap Cik Epal & Jofliam Bawa Jumpa Terapi

    Shopee Sale



    Seorang individu tampil mengulas tentang bahasa tubuh anak sulung kepada usahawan dan pempengaruh Cik Epal iaitu Han.

    Anak dalam kesedihan

    Menerusi hantaran di Facebook, seorang warganet yang dikenali Ida Latif berkongsi tentang bahasa tubuh Han ketika melihat Cik Epal menangis semasa memberikan ucapan dalam majlis sambutan hari lahirya.

    Menurut Ida, gerak geri Han yang menarik lengan bajunya berkemungkinan memberikan maksud yang mendalam dari segi psikologi dan emosi.

    Bahasa badan tidak menipu. Bila seorang budak lelaki tarik lengan baju panjang dia ke bawah masa nampak mak dia menangis, nampak simple, tapi sebenarnya ada makna psikologi yang dalam.

    Tindakan untuk tenangkan diri (self-soothing). Kadang-kadang bila kita rasa tak selesa atau gelisah, badan automatik buat sesuatu untuk rasa “selamat”. Tarik lengan baju tu macam cara dia nak peluk diri sendiri secara halus, sebab hati dia tengah kacau tengok mak sedih.

    Rasa bersalah atau malu. Kalau dia rasa dia ada kaitan dengan apa yang berlaku, atau rasa bersalah (walaupun bukan salah dia), dia mungkin akan cuba ‘sembunyi’. Tarik lengan baju tu macam simbol dia nak kecilkan diri, tak nak orang nampak dia.

    Budak lelaki, especially yang dah biasa disuruh “jangan nangis, jadi kuat”, kadang-kadang tunjuk emosi secara senyap. Tarik lengan baju boleh jadi cara dia tahan air mata, tahan diri dari “pecah”.

    Ada trauma

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06)

    Mengulas lanjut, Ida mendakwa, kanak-kanak tersebut mungkin mengalami kesedihan atau trauma sebelum ini sehingga menyebabkan dia bertindak sedemikian.

    Empati tapi tak tahu nak buat apa. Dia rasa sedih, dia faham mak tengah sedih… tapi dia tak tahu nak bantu macam mana. Jadi, badan dia bertindak ikut rasa, tarik lengan tu mungkin cara dia luah perasaan, walaupun dia tak cakap apa-apa.

    Pengalaman lampau atau trauma. Kalau sebelum ni dia pernah lalui situasi yang tegang atau trauma, aksi kecil macam ni mungkin dah jadi refleks perlindungan diri bila dia rasa takut atau terancam secara emosi.

    Justeru, individu tersebut meluahkan rasa simpati terhadap Han dan berharap agar ibu bapanya merujuk kepada pakar psikologi berhubung masalah anak mereka itu.

    Nampak remeh, tapi dalam dunia psikologi kanak-kanak, bahasa badan boleh cerita lebih banyak daripada mulut.

    Harap ibu bapa budak ni alert dan hantar dia pergi terapi. Kesian kecil lagi dah kena hadap macam-macam.

    Mungkin juga dia perlu matang sebelum usia (forced matured) kerana apa yang berlaku.

    MENARIK:  [VIDEO] Bella Astillah Simpati Dengan Kes Rumah Tangga, Titip Pesanan Untuk Sentiasa Jujur – ‘Curang Itu Pilihan Bukan Takdir’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah