
Pempengaruh, Kieda Crepe memuji tindakan seorang pelanggan yang menegur kesilapan dari pihaknya dengan cara yang baik.
Pelanggan beli kek sudah berkulat
Menerusi perkongsian di TikTok, Kieda berkongsi keadaan ketika dirinya didatangi seorang pelanggan yang membeli sebiji kek pistachio yang sudah berkulat.
Ceritanya macam ini, saya tahu kek ini berkulat dari pelanggan yang beli.
Dia nak makan, bukan dalam kereta tapi tengok-tengok dah berkulat.
Kek ini baru dihantar ke kedai Kieda dalam dua hari tapi tak ada rezeki untuk vendor apabila kek ini berkulat.
Saya pun tak tengok sebab kek ini baharu lagi.
Selepas mendapati kek yang dibeli berkulat, pelanggan tersebut kemudiannya datang berjumpa semula dengan Kieda untuk menukar dengan kek yang lain.
Apa yang membuatkan Kieda terharu ialah cara pelanggan tersebut datang berjumpa dengannya.
Selepas itu dia datang semula dan bagitahu pada Kieda secara perlahan-lahan, ‘Kek ini dah berkulat tapi boleh tak nak tukar yang lain?’
Kalau ada masalah, boleh tegur dengan elok
View this post on Instagram
Di akhir perkongsian, Kieda atau nama lengkapnya Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais memaklumkan pihaknya akan sentiasa terbuka untuk menerima teguran jika ia dilakukan dengan cara yang baik.
Alhamdulillah ada juga orang yang menegur cara begitu.
Dia bayar untuk satu kek tapi saya gantikan dengan dua kek sebab cara dia itu memang betul ikhlas untuk tegur saya.
Terima kasih akak, semoga murah rezeki.
Apa-apa yang tak kena, kalian ‘direct’ saja dengan Kieda. Jangan risau, selagi mana ada resit dan gambar sebagainya, kami boleh saja ‘refund’.
Tegurlah dengan cara yang berhemah, kami bukannya jenis makan duit orang begitu saja.
Apa yang saya boleh buat yang terbaik untuk pelanggan, saya akan buat.





