Penyanyi Najwa Latif selamat melahirkan cahaya mata pertama pada tarikh istimewa, 11 November yang juga merupakan ulang tahun perkahwinan ketiga mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Masih Dakwa Najwa Latif Hamil – ‘Dia Lagi Tahu Tentang Badan Saya’
Artikel Berkaitan: Najwa Latif Alami Keguguran Anak Pertama – ‘Alhamdulillah, Allah Bagi Pinjam 5 Minggu’
Selamat bersalin anak pertama

Berita gembira itu dikongsikan oleh suami Najwa iaitu Akwa Arifin menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.
Dalam perkongsian itu, Akwa menzahirkan rasa syukur atas kehadiran insan kecil yang menyerikan kehidupan mereka sebagai suami isteri.
Alhamdulillah, Najwa dan saya sangat bersyukur dan gembira untuk berkongsi bahawa kami telah dikurniakan cahaya mata pada 11.11.2025, tarikh yang lebih bermakna kerana ia turut menandakan ulang tahun perkahwinan kami yang ketiga.
Doakan yang baik-baik untuk kami, dan semoga segala doa indah kalian untuk kami dikembalikan dengan berlipat ganda, insya-Allah.
Dalam hantaran tersebut, Akwa turut memuat naik foto dirinya tersenyum bahagia sambil mendukung cahaya mata pertamanya itu.
Untuk rekod, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022.
Sumber: Instagram Akwa Arifin
The post Tanggal 11.11, Najwa Latif Timang Anak Pertama Pada Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-3 first appeared on OHBULAN!.





