30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Syak Isteri Ada Skandal, Lelaki Balas Dendam Bun*h Anak Tiri

    Shopee Sale

    Kes kehilangan kanak-kanak berusia enam tahun, Alvaro Kiano, akhirnya terjawab selepas polis menemukan rangka tubuhnya di kawasan Kali Cilalay, Tenjo, Bogor Indonesia.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sesiapa Yang Lakukan Dosa Bunuh, Kalian Akan Diheret Oleh Mangsa Di Mahsyar Nanti’ – Ustaz Wadi Annuar

    Artikel Berkaitan: Pelajar Perempuan 16 Tahun Maut Ditikam Pelajar Lelaki 14 Tahun

    Mengumpan mangsa

    Memetik laporan TV One News, pembunuhan kejam itu dipercayai dilakukan oleh ayah tirinya sendiri, Alex Iskandar.

    Nenek mangsa iaitu Sayem, 53, menjadi individu pertama yang mendedahkan kehilangan cucunya sejak Mac lalu selepas mendapati kanak-kanak itu tidak pulang ke rumah.

    Menurut Ketua Polis Resor Metro Jakarta Selatan, Kombes Pol Nicolas Ary Lilipaly, suspek pada awalnya ‘mengumpan’ mangsa dengan janji membeli makanan dan mainan. Dia kemudian membawa mangsa pulang ke rumahnya di kawasan Tangerang.

    Setibanya di rumah, mangsa mula meragam dan menangis kerana mahu pulang, tambahan pula mainan yang dijanjikan masih belum dibeli.

    Tangisan Alvaro yang berterusan dipercayai menjadi punca kepada tindakan kejam suspek.

    Menurut keterangan ayah tirinya, dari situlah mangsa dibekap menggunakan tuala yang tergantung, kemudian dicekik dan turut ditindih. Selepas kira-kira dua hingga tiga minit, mangsa akhirnya tidak lagi bergerak.

    Selepas mangsa tidak lagi bernyawa, Alex panik dan cuba menghapuskan bukti.

    MENARIK:  ‘Jangan Cuba Masuk Alam Poligami Kalau Tak Kuat’ – Bekas Isteri Kedua Nasihat Wanita Fikir Masak-Masak Sebelum Bermadu

    Mangsa kemudian diikat dengan tali rafia, dimasukkan ke dalam plastik hitam dan disimpan di garaj selama tiga hari sebelum dibawa dengan kereta ke Tenjo dan dibuang di kawasan berhampiran sungai.

    Beberapa bulan kemudian, penduduk menemukan rangka manusia di sekitar kawasan Kali Cilalay. Pemeriksaan forensik mengesahkan ia adalah bahagian tubuh Alvaro.

    Setelah ditahan, Alex akhirnya mengakui perbuatannya.

    Punca dendam

    Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Selatan, AKBP Ardian Satrio Utomo, pembunuhan itu dipercayai kerana dendam suspek terhadap isterinya iaitu ibu kandung Alvaro yang bekerja di luar negara.

    Suspek mengesyaki isterinya berlaku curang, lalu melampiaskan kemarahan kepada anak tirinya itu.

    Daripada hasil perbualan itu, timbul dugaan berlaku perselingkuhan, ada motif tersendiri bagi suspek ini untuk melakukan pembunuhan terhadap anak tersebut.

    Diduga isteri suspek mempunyai lelaki lain.

    Lebih mengejutkan, hasil pemeriksaan telefon bimbit suspek turut memaparkan catatan peribadi yang menunjukkan keinginan untuk membalas dendam.

    Sumber: TV One News

    The post Syak Isteri Ada Skandal, Lelaki Balas Dendam Bun*h Anak Tiri first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah