25.4 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Tinggalkan Surat Pengakuan Sebelum Bun*h Isteri & Gant*ng Diri, Pesan Anak Supaya Segera Kebumikan Jenazah

    Shopee Sale



    Seorang suami meninggalkan surat pengakuan sebelum bertindak mengakhiri nyawa isterinya dalam satu kejadian tragis yang berlaku pada Rabu lalu.

    Bunuh isteri, bunuh diri

    Foto: Detik

    Memetik laporan Detik, suspek yang berusia 44 tahun itu tergamak membunuh isterinya, 34, sebelum akhirnya bertindak mengakhiri hayatnya sendiri di kediaman mereka yang terletak di Singkawang, Indonesia.

    Difahamkan, mayat pasangan suami isteri itu ditemui oleh anak kandung mereka selepas pulang dari sekolah.

    Ketika anak mereka mengetuk pintu, tiada sebarang jawapan dari dalam rumah. Setelah beberapa kali dipanggil tetapi masih tiada respon, anak pasangan itu kemudian meminta bantuan jiran untuk membuka pintu secara paksa.

    Setelah pintu berjaya dibuka, anak mangsa dan jiran menemui pasangan ini sudah tidak bernyawa, dengan suami dalam keadaan tergantung dan isterinya terbaring di lantai dengan tali di leher.

    Hasil siasatan awal, pihak polis menemukan dua helai surat yang dipercayai ditulis oleh suspek yang mengakui telah membunuh isterinya sebelum menggantung diri.

    MENARIK:  [VIDEO] Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Sah Bercerai Talak Satu

    Lelaki itu juga sempat meninggalkan berpesan kepada anak-anaknya agar jenazah mereka segera dikebumi tanpa disimpan terlalu lama.

    Setakat ini, pihak polis mengesyaki punca kejadian berkaitan dengan masalah rumah tangga, seperti yang dinyatakan dalam surat tersebut. Namun, siasatan lanjut masih dijalankan dengan mengumpulkan bukti serta keterangan daripada ahli keluarga dan saksi lain.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah