Seorang individu tampil berkongsi luahan hati mengenai isterinya yang didakwa berkira dari segi kewangan.
Artikel Berkaitan: Wanita Nekad Batal Majlis Kahwin, Tinggal Bakal Suami Dianggap Kedekut – ‘Dia Nak Bagi Nafkah Yang Wajib Saja’
Artikel Berkaitan: Suami Berkira Beli Baju Raya Isteri, Terkilan Mampu Habiskan RM200 Untuk Mercun – ‘Duit Raya Pun Tak Bagi’
Suami terasa dengan sikap isteri
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, individu terbabit meluahkan rasa kecewa apabila isterinya tidak membeli kopi yang dipesan.
Difahamkan, isterinya tidak dapat menunaikan permintaan tersebut ekoran jumlah perbelanjaan barangan dapur telah mencecah RM200, sama seperti bajet yang diberikan.
Tadi isteri minta RM150 untuk beli barang dapur, aku bagi RM200 sebab takut tak cukup.
Aku pesan dekat dia belikan kopi tapi sampai rumah dia tak beli pun. Dia cakap barang dapur ngam-ngam RM200.
Sedihnya rasa, sebab dia ada saja duit tapi tak nak guna duit dia. Kalau dia guna sekali pun, aku boleh saja ganti balik. Dia suri rumah dan memang dapat duit dari nafkah.
Selain itu, individu berkenaan turut terkilan terhadap sikap isterinya yang didakwa suka berbelanja ahli keluarga sendiri yang sudah bekerjaya namun dilihat kurang mengambil berat terhadap keluarga mentua.
Yang terkilan, kalau balik rumah mak ayah dia, macam-macam dia belanja ada beradik yang dah bekerja.
Tapi kalau balik rumah aku, dia akan merajuk kalau nampak aku belanja ahli keluarga aku.
Dia cakap membazir.
Aku kerja, buat kerja rumah, jaga anak tapi perkara macam ini pun dia nak berkira.
Sumber: Threads @justwonderingandcurious
The post Suami Terkilan Dengan Sikap Berkira Isteri – ‘Pesan Beli Kopi, Dia Cakap Duit Ngam Habis Beli Barang Dapur’ first appeared on OHBULAN!.





