Rutin membasuh baju sebenarnya nampak mudah tapi kalau difikirkan betul-betul ada beberapa langkah yang mampu menganggu produktiviti kita.
Mula-mula masukkan detergen untuk bersihkan pakaian, kemudian tambah pula pelembut fabrik supaya baju jadi lembut dan wangi. Kadang-kadang terlupa letak pelembut, kadang pula rasa leceh sebab perlu guna dua produk berbeza.
Sebab itu, semakin ramai orang sekarang mula beralih kepada satu konsep yang lebih praktikal iaitu ‘softergent’.
Walaupun softergent semakin popular, masih ramai sebenarnya tak tahu maksud sebenar softergent dan kenapa ia berbeza daripada detergen biasa.
Jadi pada kali ini, jom kita fahami dengan lebih jelas.
Apa sebenarnya maksud ‘softergent’?

Secara ringkasnya, softergent ialah gabungan antara detergen dan pelembut fabrik dalam satu produk.
Dalam erti kata lain, bila basuh baju korang akan dapat kuasa pembersihan seperti detergen dan juga kelembutan serta wangian seperti pelembut fabrik
Semuanya dalam satu langkah sahaja!
Tak perlu lagi fikir nak tambah pelembut secara berasingan dan proses membasuh pun jadi lebih mudah dan menjimatkan masa. Mudah bukan?
Kenapa ramai yang suka dengan Daia softergent?

Dalam kehidupan harian yang sibuk, ramai orang sebenarnya mencari cara untuk mudahkan rutin kerja rumah, termasuklah urusan membasuh pakaian.
Konsep softergent ini membantu kerana ia:
- Membersihkan pakaian dengan lebih efektif dengan 2x kuasa pembersihan
- Memberikan wangian lembut seperti pelembut fabrik
- Mampu menghapuskan kotoran dan 99.9% antibakteria
Buat korang yang tinggal di apartmen di mana ruangan untuk mengeringkan pakaian agak terhad, penggunaan Daia Softergent serius sangat membantu!
Hanya satu langkah sahaja, pakaian korang akan bersih, lembut dan berbau wangi tanpa perlu proses tambahan.
Kalau anda masih tertanya-tanya bagaimana konsep ini berfungsi dalam rutin harian, anda boleh lihat sendiri melalui video ini.
Mudah, praktikal dan sesuai dengan gaya hidup moden
Hakikatnya, ramai orang hari ini mencari penyelesaian yang lebih praktikal dan menjimatkan masa dalam menguruskan kerja rumah.

Hanya dengan menggunakan Daia Softergent, proses membasuh pakaian menjadi lebih mudah kerana ia menggabungkan kuasa pembersihan, kelembutan fabrik dan wangian yang menyenangkan dalam satu langkah.
Oh ya, korang tak perlu lagi membeli berbotol-botol detergen dan pelembut hanya untuk memastikan pakaian dalam keadaan wangi dan kelembutan fabrik terjaga.
Inovasi seperti ini bukan sahaja membantu memudahkan rutin harian, malah memberikan pengalaman cucian yang lebih lengkap buat para pengguna!
Apa tunggu lagi? Ayuh dapat Daia Softergent untuk pastikan busana raya korang serta keluarga kekal harum, lembut dan segar dengan klik di SINI!
The post Softergent: Inovasi 2-dalam-1 untuk Cucian Bersih, Lembut & Kekal Harum first appeared on OHBULAN!.





