28.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sky Kata Kenapa Tuhan Ambil Mak Dia Masa Umur Dia 13 Tahun’ – Ridzuan Ridzokumura

    Shopee Sale



    Pemergian Akiko Okumura meninggalkan kesan mendalam buat suami, usahawan Ridzuan Ridzokumura serta anak lelaki mereka, Sky Taizo Okumura.

    ‘Fikiran Sky kacau bilau’

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada pagi Ahad, Ridzuan mendedahkan bahawa Sky masih dalam proses menerima hakikat pemergian ibunya. Ada ketikanya dia kelihatan tabah, tetapi dalam sekelip mata air matanya mengalir kerana terlalu merindui arwah.

    Fikiran Sky macam kacau bilau. Sekejap dia boleh terima, sekejap tidak. Lepas tu sekejap lagi dia menangis, sekejap okay. Kalau ada orang rapat dengan dia, dia akan menangis balik. Sedih bila teringat mak dia. 

    Lebih menyayat hati, Sky dikatakan masih mencari ibunya setiap kali bangun tidur. Tak dinafikan, rasa kehilangan itu terlalu berat untuk ditanggung oleh seorang anak yang baru menginjak usia 13 tahun.

    Lepas bangun tidur, Sky akan cari mak dia.

    Sky kata kenapa Tuhan ambil mak dia masa umur dia 13 tahun.

    Sebagai seorang ayah, Ridzuan turut mengakui meskipun masih bersedih tetapi dia perlu kuat demi anak lelakinya itu.

    MENARIK:  Rakan Artis Memberi Sokongan Kepada Bella Astillah Kerana Kesabaran nya Tidak Dipandang Sebelah Mata

    Pada Jumaat Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia namun punca kematiannya tidak didedahkan.

    Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.

    Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah