Kagum dengan tenaga ditunjukkan Biduanita Negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza sewaktu mengadakan Konsert Violet Skies di Genting pada 5 dan 6 Julai lalu, penyanyi, Noh Salleh mengambil keputusan untuk menyertai kelas ‘Muay Thai’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Noh Salleh Sampaikan Lagu ‘Rahsia Tuhan’ Pada Malam Hari Lahir Arwah Anak – ‘Bagai Satu Hentakan Emosi Buat Saya & Isteri’
Tokti jadi inspirasi

Menerusi Instagram (IG), Noh atau nama lengkapnya Mohammad Noh Salleh berkata keputusan itu dibuat selepas Siti mendedahkan rahsianya kekal bertenaga adalah dengan menyertai kelas seni mempertahankan diri itu.
‘At this moment’, aku rasa aku kena juga ‘register’ kelas Muay Thai sebab Tokti (Siti Nurhaliza) sukses, stamina power sampai habiskan konsert dua hari.
Dia kata rahsianya adalah Muay Thai.
Aku pun cari tempat bersesuaian untuk belajar Muay Thai di dalam hutan ini yang terletak di Damansara Jaya.
Bukan ‘journey’ yang mudah
View this post on Instagram
Berkongsi lanjut, vokalis kumpulan Hujan ini memaklumkan perjalanan untuk mengikut kelas ‘Muay Thai’ bukan mudah dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.
Lebih menghiburkan, Noh berkata dia berdepan dengan situasi yang begitu memenatkan meskipun baru 20 saat memulakan latihan.
Ini hari pertama aku, aku macam yakin sebab bangun pagi-pagi ada tenaga. Tapi ternyata ini hanyalah 20 saat pertama.
Aku dah macam nak menangis, rasa nak pengsan sebab tak ada oksigen.
Tak sampai seminit, rasa nak pengsan lagi. Waktu itu dah terbayang muka Athira (isteri), dan rasa nak balik dah waktu ini.
Memang tiada oksigen sampai jurulatih perasan. Itulah serba sedikit kelas aku.
Terdahulu, Noh Salleh dijemput menjadi tetamu undangan untuk Konsert Violet Skies Siti Nurhaliza di Genting pada hari kedua konsert berlangsung.
Sebelumnya, Siti Nurhaliza berkongsi bahawa dia gemar melakukan aktiviti Muay Thai sebagai senaman untuk memastikan tubuhnya sentiasa cergas dan sihat.
Sumber: IG Noh Salleh
The post Siti Nurhaliza Jadi Inspirasi Noh Salleh ‘Join’ Kelas Muay Thai – ’20 Saat Awal Aku Macam Nak Nangis’ first appeared on OHBULAN!.





