Penyanyi Siti Nordiana tampil mempertahankan wanita yang didakwa sedang mempunyai hubungan dengan rakan seindustrinya iaitu Nubhan.
Artikel Berkaitan: Nubhan Tak Trauma Nak Kahwin Baru, Serah Jodoh Kepada Tuhan – ‘Mohon Doa Yang Baik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nubhan Belikan Katil Khas Untuk Keselesaan Mak Jenny, Netizen Puji – ‘Bagus Sentiasa Jaga & Hargai Emak’
Penjelasan Siti Nordiana
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Siti Nordiana atau nama lengkapnya Siti Nordiana Alias, 42, memuat naik foto-foto percutian di Vietnam bersama teman-temannya termasuk wanita berkenaan serta Nubhan.
Dalam masa sama, pelantun lagu Memori Mungkin Berulang itu turut meluahkan rasa kurang senang terhadap warganet yang didakwa sengaja mencetuskan spekulasi.
Kesian kakakku seorang ini, pergi melancong tak pasal-pasal nama kena gosip.
Awak semua ni tak baik gosipkan kakak saya ini. Ini kakak kami tau!
Terdahulu, tindakan Nubhan memuat naik foto percutiannya bersama wanita berkenaan telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Di ruangan komen foto tersebut, rata-rata warganet mengaitkan Nubhan dengan wanita itu dengan mendakwa mereka sedang menjalin hubungan cinta.
Untuk rekod, Nubhan pernah mendirikan rumah tangga bersama Dr. Afifah Hidayah Tawfek pada 29 Ogos 2015. Namun pasangan ini sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 2 Disember lalu.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Threads
The post Siti Nordiana Tampil ‘Backup’ Wanita Yang Didakwa Kekasih Nubhan, Kongsi Gambar Percutian – ‘Kesian Kakakku Seorang Ini’ first appeared on OHBULAN!.





