26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shakilla Khoriri Tahu Anak Sakit Dari IG – ‘Boleh Update Di Media Sosial, Tapi Tak Boleh Update Saya Sebagai Ibu Kandung’

    Shopee Sale

    Pelakon, Shakilla Khoriri mengakui berkecil hati dengan tindakan bekas suaminya, Fizi Ali yang tidak menghubunginya untuk berkongsi tentang khabar anak mereka, Ameena Sofia, sepanjang sembilan hari berada di Tanah Suci.

    Artikel Berkaitan: Shakilla Khoriri Rindu Ameena, 9 Hari Tak Dengar Khabar – ‘Mungkin Kusyuk Umrah, Tapi Umi Tak Kecil Hati’

    Tunggu khabar anak

    Ketika dihubungi , Shakilla, 36, berkata, sejak Ameena tiba di Makkah, dia tidak menerima sebarang perkembangan. Lebih meruntun perasaan, dia hanya mengetahui anaknya sakit melalui perkongsian di media sosial.

    Fizi ada whatsapp cakap nanti bila saya bagi Ameena pergi umrah dengan mereka, saya boleh sahaja call atau video call bila-bila masa.

    Tapi saya ini kan mak, pergi umrah itu bukan pergi Langkawi. Dari anak berangkat umrah pergi dan sampai, tak update saya pun.

    Saya tahu Ameena sakit pun dari orang luar from IG masa saya dekat Bandung. Mesti lah saya terasa. Boleh update di sosial media tapi tak boleh update terus pada saya sebagai ibu kandung Ameena.

    Saya tahu, bila-bila masa sahaja boleh call atau video call tapi saya memilih untuk tidak sebab saya kecil hati dengan apa yang jadi. Saya telan setiap perkara dan berlapang dada dalam banyak hal sebab nak menjaga hati Ameena.

    Tambah Shakilla, lebih menyedihkan apabila dia merasakan kedudukannya sebagai ibu kandung seperti disamakan dengan orang luar kerana terpaksa “menyiasat” melalui media sosial untuk mengetahui keadaan anaknya.

    Adil ke kalau level saya sebagai mak kandung menjadi sama level netizen dekat luar sana yang nak tahu fasal Ameena kena stalk IG mereka ( saya tidak follow mereka).

    Sebegitu ke level saya pada mereka? Mak Ameena yang bertungkus lumus uruskan pasal Ameena dari sekolah, tuisyen aktiviti Ameena dan hampir semua perkara, level saya sama macam netizen?

    Jelas Shakilla, dia berharap diberi sedikit penghargaan atas peranannya membesarkan Ameena, selain mahu anak itu sentiasa diajar untuk menghormati ibunya.

    Saya bukan nak apa sangat. Cuma rasa bersyukur dengan apa yang saya dah buat untuk anak yang dibanggakan sangat itu.

    Ajar Ameena untuk ingat dan sentiasa dulukan mak. Macam saya buat dekat Ameena. Sentiasa ingat daddy dia walaupun banyak perkara saya kena telan. Saya buat sebab saya tak nak ada benci dari hati Ameena pada siapa pun.

    Tapi takpa lah. Tak perlu dibesarkan cerita ini. Mungkin konsep ajaran manusia sekarang, mak kena cari anak untuk tanya khabar anak walaupun anak itu tengah sakit.

    The post Shakilla Khoriri Tahu Anak Sakit Dari IG – ‘Boleh Update Di Media Sosial, Tapi Tak Boleh Update Saya Sebagai Ibu Kandung’ first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  ‘Bila Dunia Jadi Tidak Stabil, Itu Isyarat Untuk Kembali Kepada Allah’ – Asma Harun

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah