28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shahronizam Syukur Terima Bantuan Daripada Seniman, Altimet & D’Ayu Pictures

    Shopee Sale

    Pelakon Shahronizam Noor berterima kasih kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), produksi D’Ayu Pictures Sdn Bhd dan wakil ADUN Lembah Jaya atas sumbangan yang diberikan.

    ‘Hidup dan mati semua di tangan Allah’

    Ketika ditemui , Shahronizam, 53, yang mengalami ketumbuhan pada bahagian bahu kanannya memaklumkan kini masih dalam proses pemulihan dan perlu melalui fasa rawatan.

    Sebenarnya kesakitan tu kita terpaksa tempuh. Cuma sekarang ni masih dalam proses pemulihan.

    Keputusan dari segi tumor akan dapat pada 27 November nanti. Kalau tak okay, mungkin saya akan ada lagi rawatan lain.

    Apa pun keputusannya saya reda sahaja. Apa yang datang, kita hadap. Hidup dan mati semua di tangan Allah.

    Bercerita mengenai perkembangan kesihatannya selepas menjalani pembedahan pada Oktober lalu, Sharonizam memaklumkan bahawa pergerakan tangan kanannya kini agak terhad ketika melakukan aktiviti harian.

    Tangan kanan tak kuat sangat. Untuk tidur, saya tak boleh mengiring dan lasak. Saya masih boleh pandu kereta tapi sebelah tangan.

    Sharonizam berkata demikian ketika ditemui di kediamannya dalam program Ziarah Prihatin Seniman 2025 yang berlangsung pada petang Selasa.

    MENARIK:  Nora Danish Terpegun Dengan Kecantikan Siti Nurhaliza – ‘Tak Make Up Pun Dah Macam Bidadari’

    ‘Usaha Seniman menjaga kebajikan artis’

    Sementara itu, Presiden Seniman, Zed Zaidi, menjelaskan bahawa bantuan yang disampaikan hari ini bukan sahaja daripada pihak persatuan, tetapi turut disumbangkan oleh penerbit D’Ayu Pictures Sdn. Bhd., Datuk Rosmarayu Mokhtar, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad atau Altimet.

    Mungkin bukan sumbangan besar tetapi sekurang-kurangnya dapat kurangkan sedikit beban dia untuk membeli ubat-ubatan dan sebagainya.

    Jadi, ini salah satu insiatif dan usaha Seniman menjaga kebajikan artis tanah air. Adakalanya bukan sengaja nak beri bantuan lambat tetapi semuanya bergantung kepada dana yang kami dapat.

    Terdahulu, Shahronizam menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian kanan belakang badannya di Hospital Kuala Lumpur pada 29 Oktober lalu.

    Dia mengakui menghidap tumor pada bahagian kanan belakang badannya sejak beberapa bulan lalu.

    The post Shahronizam Syukur Terima Bantuan Daripada Seniman, Altimet & D’Ayu Pictures first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah