Penyanyi Raisa dan pelakon Hamish Daud akhirnya bersuara berkenaan isu rumah tangga selepas perpisahan mereka menjadi tumpan ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raisa Simpati Dengan Insiden Menimpa Nadin Amizah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Setuju Mengatakan Ia Berpasir’ – Raisa Suka Makan Nasi Kandar Setiap Kali Datang Malaysia
Pilih berpisah
View this post on Instagram
Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, pasangan selebriti dari Indonesia itu mengakui mereka memilih jalan perceraian selepas mengambil pelbagai pertimbangan dan perbincangan bersama.
Setelah melalui banyak pertimbangan dan berfikir panjang, kami memilih untuk menempuh jalan kami masing-masing.
Keputusan ini kami ambil bersama, dan telah cukup lama kami di dalam ruang proses peribadi masing-masing sebelum akhirnya berita ini sampai pada kalian.
Sepanjang proses ini kami tetap saling menjaga dan berusaha memahami keperluan satu-sama lain dengan sebaik-baiknya.
Kami berharap agar kami dapat menemukan kedamaian dan boleh terus bangun sebagai individu, sebagai orang tua bagi Zalina dan sebagai pekerja profesional dalam bidang kami.
Demi anak

Bagaimanapun, mereka tetap menjaga hubungan baik malah akan membesarkan cahaya mata mereka dalam suasana yang harmoni walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.
Hubungan kami tetap baik walaupun berubah. Yang tidak akan berubah adalah cinta kami kepada Zalina.
Sudah menjadi tugas seumur hidup kami untuk menjaga puteri kami sebagai ‘co-parent’ untuk memastikan dia membesar dalam lingkungan yang penuh kasih sayang.
Pada bahagian terakhir kenyataan itu, Raisa dan Hamish memohon agar semua pihak memberikan ruang privasi kepada mereka.
Ini terjadi bukan kerana kami menyerah, tetapi kami berusaha bijaksana.
Terdahulu, pelantun lagu Mantan Terindah itu dilaporkan telah memfailkan perceraiannya pada 22 Oktober lalu di Mahkamah Agama Jakarta Selatan.
Sebelum ini, timbul desas desus berkenaan perceraian apabila Hamish memadam hantaran ulang tahun perkahwinan mereka yang dimuat naik di media sosial.
Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 September 2017 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zalina Raine Wyllie, 6.
Sumber: IG Raisa
The post ‘Setelah Lalui Banyak Pertimbangan, Kami Memilih Untuk Tempuh Jalan Masing-Masing’ – Raisa & Hamish Daud first appeared on OHBULAN!.





